REVIEW DAN SINOPIS : MORBIUS

REVIEW DAN SINOPIS : MORBIUS | Baru-baru sempat tonton filem Morbius walaupun filem ni dah ditayangkan pada bulan March lalu. Kita baru je nak tengok. Rupanya ramai jugak yang tak tengok filem ni lagi. Tak tahu la kenapa . Mungkin sebab promosi dan waktu tayangan nya pulak disaat-saat kita baru nak biasakan diri ke panggung wayang. Tapi jumlah kutipan tak de la teruk sangat. Masih boleh dikategorikan sebagai filem boxoffice.



Cuma jalan ceritaa filem ni macam dah boleh dijangka. Jalan cerita yang biasa-biasa saja. 2 orang sahabat baik kemudian bermusuh dan lawan-lawan lepas tu yang jahaat mati. 

Tapi filem ni masih menarik untuk di tonton sebab editing dia yang best, penuh aksi, menyentuh emosi, dan kita tak payah banyak berfikir. Duduk dan tonton saja. Biasanya kalau filem Marvel, dialog2 pun best2 dan ada yang kelakar. Tapi untuk filem ni biasa-biasa saja lah. diaolog tak berapa menarik. 

Mungkin sebab ni Morbius kurang diperkatakan dan ada yang mengkritik filem ni sebagai yang terburuk oleh Marvel.  Tapi ada juga yang rasa filem ni sangat bagus dan ada peminatnya sendiri. Tapi bagi aku sendiri filem ni di tahap ok saja la. Bukan yang terbaik tapi tak terlalu teruk.

Morbius bukan filem vampire yang biasa kita tonton.Dia cuma kelihatan seperti vampire. Dia menjadi seperti vampire bukan sebab di gigit vampire tapi sebab dia masuk kan DNA kelawar kedalam badan dia. Jangan salah faham tau. Dia cuma berkelakuan seperti vampire. Dia boleh je kena panas dan hidup sepeti biasa. Dan dia tak jahat.

Disebabkan dia tak jahat aku harap akan ada Morbius 2.  Mungkin untuk yang pertama ni hanya sebagai pengenalan untuk semua orang kenal bagaimana dia menjadi vampire. Itu aku rasa je la...


Sinopsis Morbius

Morbius mengisahkan 2 orang sahabat yang mengidap sejenis penyakit darah sehinggakan mereka terpaksa melalui kehidupan dengan memakai tongkat sepanjang usia. Michael Morbius dan Lucien mempunyai keinginan yang kuat untuk sembuh dari penyakit yang mereka hidapi. 



Seorang doktor yang menjaga mereka berdua memutuskan untuk  Micheal meneruskan pelajaran di sekolah perubatan. Micheal Morbius mula mencari penawar penyakit yang dihidapi.

Morbius menangkap beberapa kelawar untuk dijadikan bahan ujikaji. Dia ingin menghasilkan ubat yang mampu menyembuhkan penyakitnya dengan menggunakan DNA kelawar.

Dia bersama-sama dengan pembantunya Dr. Martine melakukan ujikaji disebuah kapal terbiar dengan bantuan Lucien yang menaja segala perbelanjaan mereka.

Setelah mendapat penawar Morbius menyuntik nya kedalam tubuh dengan bantuan Dr. Martine. Dia berubah menjadi kuat dan berasa lebih sihat. Namun sesuatu yang buruk berlaku apabila perasaan ingin minum darah lebih kuat dan dia telah membunuh beberapa pengawal kapal. 

Kejadian tersebut membuatkan dia diburu pihak polis.  Darah tiruan yang dihasilkan Morbius membuatkan dia berjaya mengawal rasa ingin minum darah manusia.

Lucien yang datang melawat Michael telah mencuri sample DNA kelawar dan menyuntik ke dalam tubuhnya . Dia menjadi kuat dan bertindak ganas. Michael yang menyedari tindakan jahat Lucieen ingin menghalang Lucien dari terus membunuh orang ramai demi mendapatkan darah manusia.



Pelakon Morbius

Jared Leto

Matt SSmith

Adria Arjona

Jared Harris

Al Madrigal

Tyrese Gibson


/>

Post a Comment

0 Comments