KAMBING DIHUKUM PENJARA 3 TAHUN ATAS DAKWAN MEMBUNUH WANITA TUA

KAMBING DIHUKUM PENJARA  3 TAHUN ATAS DAKWAN MEMBUNUH  WANITA TUA | Pihak berkuasa Afrika Sudan menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kepada seekor kambing  kerana memukul dan membunuh seorang wanita tua.



Kambing mati ditangan manusia , ianya mungkin perkara yang biasa kita dengar dan tidak pernah ada yang dipenjarakan akibat dari kematian kambing. Namun jika seorang wanita tua mati ditangan ditangan seekor kambing, apakah perlu kambing tersebut dipenjarakan?

Itulah yang berlaku di Sudan awal bulan ini selepas seekor kambing jantan di Daerah Timur Rumbek menyerang seorang wanita tua  dan menyebabkan kecederaan serius dirusuk yang kemudiannya membawa maut. 

Tidak dapat dipastikan bagaimana haiwan ini boleh menyerang wanita tua terebut, tetapi sebaik sahaja ia dikenal pasti sebagai pelakunya, kambing jantan itu telah ditahan dan dijatuhkan hukuman berat.

“Kambing jantan itu menyerang di bahagian rusuknya dan wanita tua itu mati serta-merta.” kata Mejar Elijah Mabor ewaktu ditemubual oleh Eye Radio . “Kambing jantan itu kini ditahandi Balai Polis Maleng Agok Payam.”

Mabor menambah bahawa kambing jantan itu akan menghabiskan tiga tahun di kem tentera di Aduel County, manakala pemiliknya, yang juga jiran dan sudara simati perlu membayar pampasan kepada keluarga si mati dengan lima ekor lembu. 



Tambahan pula, selepas kambing jantan itu habis menjalani hukuman dia juga akan diberikan kepada keluarga mangsa mengikut undang-undang tempatan.

“Pemiliknya tidak bersalah dan kambing jantan adalah orang yang melakukan jenayah itu jadi ia patut ditangkap kemudian kes itu akan diajukan ke mahkamah adat di mana kes itu akan dikendalikan ,” jelas Mejar Mabor.

Ghana Wish melaporkan bahawa kedua-dua keluarga telah menandatangani kontrak  perjanjian mereka, dengan polis dan ketua masyarakat tempatan bertindak sebagai saksi.

sumber: Oddity Central

Catat Ulasan

0 Ulasan