HANSAEGEE NATURE ALOE VERA SUNSCREEN SPF50 : KULIT KEKAL LEMBAP, TAK MELEKIT DAN BOLEH JADI MAKEUP BASE

HANSAEGEE NATURE ALOE VERA SUNSCREEN SPF50  : KULIT KEKAL LEMBAP, TAK MELEKIT DAN BOLEH JADI MAKEUP BASE  | Dalam tempoh beberapa minggu ni suhu paling tinggi di Simpang Ampat Penang ialah 34 darjah celcius. Suhu yang buat aku tak senang duduk la. Asyik berpeluh. Waktu macam ni memang tak rasa nak keluar rumah. Tapi nak buat cemana kalau kena juga keluar rumah dan berpanas.

Sunscreen Aloe Vera


Lagi pulak waktu tengahari aku memang akan ambil anak kat sekolah. Naik motor je. Bukan naik kereta. Boleh bayangkan tak panas tu macam mana. Nak buka mata pun tak boleh tau.  

Anak lelaki aku pulak ada latihan bola dekat Akademi Wira Muda. Nak tak nak memang kena keluar jugak la. Bab panas ni aku cuma risau sebab aku susah nak buka mata je sebab silau. Hahahah. Kalau tentang kulit aku tak risau sebab aku  guna Sunscreen Hansaegee Nature ni.

Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen

Sunscreen macam mana yang selalu jadi pilihan ramai? 

Kalau aku, aku suka sunscreen yang tinggi SPF nya. Sunscreen tu jugak mestilah tak melekit walaupun aku berpeluh. Sunscreen yang tak jadi masalah kalau setakat aku nak lap peluh dimuka. Dan yang penting sekali aku suka sunscreen yang kekalkan kelembapan kulit aku.

Kadang-kadang ada masa-masanya aku ni tak suka kulit terlalu banyak pakai skincare so aku akan abaikan pelembab pada waktu-waktu tertentu yang aku rasa tak perlu pakai pelembap. So aku akan terus pakai sunscreen Hansaegee Nature ni. Jadi tinggilah harapan aku pada sunscreen yang aku pakai agar mengekalkan kelembapan pada kulit aku.

Pada usia 40an ni aku memang jaga bab kelembapan pada kulit sebab kalau kulit kering akan nampak kita tua.

Panas oi..Tapi tengok kulit aku. maintain je. Without makeup


Pada aku Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen  adalah sunscreen  terbaik yang kekalkan kelembapan kulit aku.Ianya juga bebas minyak dan berasaskan air.

Sunscreen ni ada SPF50+ PA+++ dan texture nya juga sangat lembut, tak berminyak dan tak melekit. Lepas pakai muka tak bercapuk-capuk , tak pucat tapi nampak fresh saja. Korang boleh terus apply makeup lepas pakai Sunscreen ni sebab ianya juga boleh jadi makeup base yang sangat baik.


Boleh ke Pakai Sunscreen saja tanpa skincare lain?

Cara pakai sunscreen yang selalu aku amalkan ialah:

Toner---->Serum---->mosturizer---->sunscreen---->makeup.

Tapi macam mana kalau ada yang nak guna sunscreen saja? Boleh ke?

Dah tentu boleh dengan Sunscreen Hansaegee Nature ni. Aku sendiri kalau nak cepat ambil anak di sekolah, aku akan apply sunscreen saja. 

Sunscreen ni memang dah ada pelembab dan ianya bertindak macam mousturizer yang kita biasa pakai. 

Lepas pakai suncreen ni , kalau tak nak makeup pun tak pe. Memang kulit korang akan nampak segar tanpa makeup. Nampak neutral dan skin tone korang lebih cerah tanpa kesan putih krim sunscreen 

Pengalaman Menggunakan Sunscreen Hansaegee Nature

Setakat ni memang aku tak de masalah menggunakan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen ni. Malah aku sangat-sangat berpuas hati dengan hasilnya. korang juga patut cuba kalau korang masih belum jumpa sunscreen yang betul-betul sesuai untuk kulit korang.

- Hansaegee Nature Sunscreen Tidak Berminyak 

Aku ada tengok video diaorang test sunscreen ni pada plastik untuk buktikan dia memang tak berminyak. Kali ni aku nak test dekat atas kertas sebab minyak akan tinggalkan kesan diatas kertas. Jadi aku test atas kertas nak tengok ada tak tinggalkan kesan minyak kat atas kertas tu.

Mengejutkan.. Tak sampai 10 saat selepas sunscreen diratakan, langsung tak ada  kesan berminyak. Memang tak de sedikit pun kesan berminyak pada kertas tu. Terbukti Hansaegee Nature Sunsuncreen ni tak memberi kesan berminyak pada kulit wajah.





Sama macam bila kita apply pada wajah,tiada rasa berminyak dan kesan lekit. Sunscreen  yang sangat sesuai untuk semua jenis kulit. 

- Tekstur Yang Lembut dan cepat Rata

Satu lagi kelebihan sunscreen ni ialah tukstur nya yang sangat lembut. Jadi bila kita ratakan sunscreen pada kulit ianya mudah diratakan. Sebaik je apply sunscreen pada wajah boleh terus pakai makeup rutin kita. Tak payah nak tunggu-tunggu sunscreen kering.

Oleh sebab teksturnya yang ringan, tiada rasa yang menempel pada wajah. Rasa macam kita bilas air pada muka kita saja. Apa lagi kalau kita berada diluar dengan cuaca panas, sangat selesa dan kulit macam tak pakai apa-apa skincare.





-Boleh Digunakan sebagai Body Lotion

Selain guna di muka aku juga akan sapu di tangan sebab dia ada Glycerin juga yang boleh melembabkan kulit. Glycerin ni  ada dalam body lotion yang kita selalu guna. 

Sapu pada tangan dan kaki pada bila-bila masa saja. Pemakaian yang kerap akan membuatkan tangan lebih lembut, tak kering dan mengelak kan rasa gatal-gatal akibat kulit kering.

Sesuai untuk disapu di bahagian belakang tangan, siku, lutut dan tumit kaki.



- Bau Yang menyenangkan

Bau sunscreen ni tak berapa kuat. Bau yang lembut saja walaupun dia ada beberapa extract tumbuhan macam orkid, pegaga dan mulberry. Dengan gabungan Aloe Vera, sunscreen ni ada bau semulajadi yang sangat lembut dan tak mengganggu.

-Hansaegee Nature Sunscren sebagai Makeup Base

Yang lebih menarik lagi bila kita berpeluh pun langsung tak buat kita rasa tak selesa dan tak ada rasa gatal-gatal pada wajah. Sunsreen juga tak mencair dan tak mencacatkan makeup kita.

Kesan putih-putih krim pada wajah jugak tak ada sebab dia sangat sekata apabila kita oles pada wajah.

Sebaik saja kita pakai sunscreen boleh terus apply makeup sebab sunscreen ni juga boleh dijadikan makeup base. Mengikut pengalaman saya, solekan jadi lebih rata, tak bercapuk dan mudah nak touchup makeup bila kita pakai sunscreen ni.




Dia bukan saja melindungi dari sinar uv tapi memperbaiki kulit wajah kita terutama mereka yang mempunyai masalah kulit kering. 


-Packaging Menarik Dengan Penutup Fungsi Twist-Lock




Nak buka senang nak tutup pun senang. 2 kali pusing dah boleh tutup dengan ketat dan tak payah risau sunscreen tumpah atau terpicit keluar dan kotorkan bag sebab penutup nya guna fungsi twist-lock. 



Contohnya macam kita terduduk atas bag atau bag kita tertindih dengan benda berat, penutup sunscreen ni tak kan terbuka atau tercabut. Memang sangat ketat dan cukup kuat untuk melindungi sunscreen didalam nya.

Dia punya saiz pun mudah nak bawa walaupun dalam bag kecil.




Aku pakai sunscreen ni setiap hari .Setakat ni memang best dan tak payah nak pakai pelembab lagi waktu siang. Sejak aku guna sunscreen ni aku guna pelembab cuma waktu malam sahaja. Aku guna sunscreen ni kemudian terus pakai compact powder. Tak bercapuk-capuk dan lepas 2 -3 jam cuma touch up sikit. Tak de rasa kulit gatal-gatal atau panas. Tapi paling best lepas pakai makeup jadi cantik. Tak de crack.

Aku kurang suka pakai foundation kecuali untuk majlis-majlis tertentu. Jadi sunscreen ni berguna sangat untuk aku beraktiviti seharian kat luar sebab lepas pakai sunscreen terus pakai compact powder.

Aku yakin korang mesti akan suka dengan produk dari Hansaegee Nature ni. malah kalau korang ada kulit sensitive korang juga boleh cuba . Mungkin ini adalah suncreen yang korang cari-cari.



Nak dapatkan lebih banyak produk skincare Hansaegee Nature, jenama  dari Korea ni korang boleh check disini.

Brand: Hansaegee Nature 

Website: https://www.hansaegee.com/shop 

IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature 

Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


/>

Catat Ulasan

0 Ulasan