DISANGKAKAN IMPLAN PERANCANG KELUARGA RUPANYA BATANG LOLIPOP. DOKTOR PALSU KAUT BERIBU RINGGIT TIPU RAMAI WANITA .

DISANGKAKAN IMPLAN PERANCANG KELUARGA RUPANYA BATANG LOLIPOP. DOKTOR PALSU KAUT BERIBU RINGGIT TIPU RAMAI WANITA | . Seorang lelaki Venezuela ditahan kerana didakwa menanam batang lolipop plastik di bawah kulit berpuluh-puluh orang dan memperdaya mereka dengan mengatakan bahawa ianya adalah alat perancang kehamilan yang canggih.



Jose Daniel Lopez, 38, dituduh menipu sekurang-kurangnya 25 wanita dengan mengenakan bayaran untuk menanam batang lolipop di bawah kulit mereka sebagai kontraseptif, sekali gus menyebabkan sebahagian daripada mereka hamil.

Lopez, yang tidak mempunyai kelayakan perubatan, bekerja di pusat kesihatan di La Victoria dan Maracay, Venezuela, selepas memalsukan ijazah perubatannya. 

Menurut Mayo Clinic, prosedur Implanon sebenar merujuk kepada implan kontraseptif yang melepaskan dos hormon progestasional yang rendah dan stabil untuk memekatkan lendir serviks dan menipiskan lapisan rahim dan juga menekan ovulasi. Implan ini dalam bentuk batang plastik kecil yang dimasukkan di bawah lengan atas, tetapi dalam kes Lopez, ia tidak lebih daripada batang lolipop yang tidak berfungsi untuk apa-apa.

Penipuan luar biasa Lopez mula-mula terbongkar apabila seorang doktor sebenar bernama Rafael Chirinos melayari media sosial dan  melihat kisah tentang prosedur ini yang tersebar di WhatsApp. Seorang wanita mengadu apabila dia tetap hamil walaupun udah memasang implan.



"Saya melihat banyak status di WhatsApp tentang seorang doktor yang dikatakan pakar ginekologi, yang mengiklankan prosuder untuk menggunakan kaedah kontraseptif menggunakan Implanon," kata Chirinos . "Ia ternyata satu penipuan, apa yang dia tanamkan adalah batang lolipop intradermal."

Selepas meneliti kerja "doktor" Jose Daniel Lopez, Chirinos menasihatkan wanita yang telah menerima apa yang mereka anggap sebagai implan Implanon di La Pastillita atau Clinica La Trinidad untuk pergi membuat pemeriksaan perubatan secepat mungkin.

Penipuan Lopez akhirnya tular, dan dia menghilangkan diri sebaik berita tentangnya tersebar. Dia akhirnya ditangkap di kawasan El Castano, Aragua, tempat dia bersembunyi daripada undang-undang. Dia telah dituduh mengamalkan perubatan secara haram dan memalsukan dokumen rasmi dan dia berisiko menghabiskan masa bertahun-tahun di penjara.

Walaupun cerita ini mungkin kedengaran mengejutkan, anda akan lebih terkejut mengetahui betapa ramai orang yang menyamar sebagai doktor dan betapa mudahnya mereka terlepas daripadanya walaupun tidak mempunyai pendidikan perubatan .

Catat Ulasan

0 Ulasan