CHEF TURKI POPULAR, CZN BURAK OZDEMIR DIKATAKAN HIDAP PENYAKIT BARAH - BERITA BELUM DISAHKAN

CHEF TURKI POPULAR, CZN BURAK OZDEMIR DIKATAKAN HIDAP PENYAKIT BARAH - BERITA BELUM DISAHKAN |  Sedang hangat diperkatakan ketika ini mengenai seorang Chef dari Turki yang sangat terkenal dengan video-video masakan nya yang hebat, dikatakan sedang mengidap penyakit kanser otak. 


Desas desus mengenai Chef CZN Burak Ozdemir mengidap kanser mula tersebar di media apabila chef tersebut memuat naik gambarnya yang sedang mendapatkan rawatan disebuah hospital.

Namun perkara tersebut masih belum disahkan oleh mana-mana sumber terdekat atau dari  Ozdemir sendiri.

Ozdemir menjadi perhatian kerana video masakan nya yang unik dalam menyediakan makanan Turki dan Syria dengan cara yang berbeza. Banyak video nya yang menjadi viral diminati ramai.


Walaupun dia menetap di Turki dan Dubai, namun dia mempunyai peminat diseluruh dunia. Apa yang pasti pakar masakan tersebut memang benar-benar sakit dan perlu mendapatkan rawatan.

Dalam posting yang dikongsikan di laman sosialnya, Burak mendapat banyak kata-kata semangat dan ucapan berharap agar dia cepat sembuh dari pengikut-pengikutnya diserata dunia.

Buat masa ini masih belum dapat dipastikan bagaimana status kesihatan Ozdemir dan apakah penyakit yang dihidapinya.


Namun menurut satu tangkapan layar yang tersebar di sosial media mengatakan Chef kesayangan ramai ini mengidap barah otak. Posting tersebut tidak diketahui dari siapa sama ada rakan terdekat nya atau pun ahli keluarga beliau.




 

Ozdemir seorang chef berusia 26 tahun dan masih belum berkahwin. Diusia mudanya dia sudah bergelar jutawan hasil dari kepakaran nya dalam bidang masakan. Dia sangat menjaga privasi dirinya dan tidak banyak perihal dirinya yang didedahkan kepada umum.

Di instagram dia dikenali sebagai Red Beet dengan jumlah pengikut seramai 34 juta orang. 

Catat Ulasan

0 Ulasan