SYAMPU YANG WANGI TAHAN LAMA - SAFI SHAYLA MERAWAT KULIT KEPALA DENGAN TEKNOLOGI BREAKTHROUGH HIJAB SCALP BIOTICS

SYAMPU YANG WANGI TAHAN LAMA - SAFI SHAYLA MERAWAT KULIT KEPALA DENGAN TEKNOLOGI BREAKTHROUGH HIJAB  SCALP BIOTICS | Dah selama ni memang guna Safi Shayla tapi tiba-tiba je mengada-ngada beli syampu lain semata-mata sebab nampak botol syampu tu besar tapi harga murah. Pantang tengok harga murah.  Sudahnya kulit kepala rasa gatal, rambut gugur. Bergaru la kepala ni selama sebulan. Tiap kali vacuum lantai, penuh rambut dalam vacuum. Serik dah.. Jom beli Safi Shayla semula.


Aku ni kira bertuah la sebab selama ni pakai Safi Shayla. Bila silap pakai syampoo lain pun, aku boleh neutralkan balik  dengan menggunakan Safi Shayla. Orang lain tak tahu la, tapi kat sini aku nak cerita pasal aku guna Safi Shayla je la. Bagi aku syampu ini adalah syampu terbaik untuk wanita berhijab macam aku.

Syampu dengan Rawatan asas kulit kepala

Bagi yang tak pernah guna Safi Shayla meh aku nak cerita kat korang 5 jenis Syampu Safi Shayla yang boleh korang pilih sesuai dengan keadaan rambut dan kulit kepala korang. 

Sekarang ni 5 jenis syampu Safi Shayla ni dah dipertingkatkan dengan teknologi Breakthrough Hijab Scalp Biotics. Maknanya fokus diaorang pada rawatan kulit kepala yang sihat dan menggunakan makanan sunnah iaitu Habbatus Sauda. Memang sangat-sangat baik untuk wanita yang berhijab terutamanya yang bekerja. Bila bekerja ni memang 6-7 jam berhijab kadang-kadang muncul la macam-macam masalah rambut.


Sebelum tu korang kena faham yang syampu sebenarnya untuk digunakan pada kulit kepala. Kalau kulit kepala sihat, akan menghasilkan rambut yang sihat jugak. Jadi penggunaan syampu mestilah lebih fokus pada kulit kepala. Bukan guna syampu dengan lurut-lurutkan pada rambut tau. Salah caranya tu.

Cara yang betul ialah urut kulit kepala dengan syampo.

The correct way is to massage the scalp with shampoo

Syampu dengan kandungan Habbatus Sauda dan wangian yang tahan selama 72 jam

Shampoo with Black Seed content and fragrance that lasts for 72 hours

So kat bawah ni 5 jeni Syampu Safi Shayla yang korang wajib cuba. Mana tau kalau-kalau korang nak tukar syampu yang lebih murah tapi berbaloi. Aku memang pengguna setia Safi Shayla ni. Ini je la syampoo yang sesuai dengan kulit kepala aku. Mungkin sebab ianya adalah Syampu dengan kandungan Habbatus Sauda dan wangian yang tahan selama 72 jam

Syampu untuk rambut gugur

Yang pertama ni. Safi Shayla Hair Fall Control. Botol Oren. Ada ginseng dan Pro vitamin B5. Bau wangi. Yang ni khas untuk rambut gugur. Aku baru guna ni sebab silap pakai Syampoo P sebelum ni. Baru guna 3 minggu. Rambut gugur makin kurang. 

Asal jangan kau ikat rambut dah la. Bila ikat rambut mudah patah. Kalau boleh bila duduk rumah tu lepa kan je rambut tu. Tak payah ikan. Kalau pakai tudung guna mengikat rambut yang tak terlalu ketat. Memang cantik rambut korang nanti.. 

Syampu Untuk kelemumur


Yang kedua, Safi Shayla Anti Dandruf. Ni memang aku pakai dari dulu lagi. Tapi yang variant dulu ada micro bamboo charcoal. Sekarang dia dah naik taraf lagi best. Dulu kelemumur banyak. Tak tau puncanya apa. kalau sikat rambut boleh nampak kelemumur jatuh. Sekarang dah tak de kelemumur, tapi tetap guna yang anti dundruff jugak  sebab dah biasa pi kedai je ambik yang ni, jadi pakai je la sampai sekarang walaupun tak de kelemumur. 


Ok je pakai ni walaupun tak de kelemumur. Tak jadi masalah pun. Bau dia lembut sikit dari Botol oren tu. Tapi dia ada mint, micro ZPT dan menthol. Lepas guna rasa ringan kepala. Kau sendiri confuse yang atas kau ni kepala ke belon.

 

Syampu untuk rambut neutral


Yang ketiga ni Safi Shayla Fresh & Bounce, anak dara aku yang guna. Untuk rambut segar dan bermaya atau pun untuk rambut neutral.  Botol hijau ni ada lime dan menthol. Budak sekolah kan, mana la nak ada masalah kelemumur atau rambut gugur ke. Ada bau buah sikit. Mungkin sebab lime kot. Tapi bau dia nipis je. Aku pun nak try jugak yang ni nanti. 

Ni aku nak ulang sekali lagi, Semua syampu Safi Shayla ni ada habbatus sauda ye. Sebab ni aku suka sangat guna Safi. Habbatus sauda kan bagus untuk rambut. 


Syampu untuk rambut licin dan tak mudah kusut


Botol pink ni Safi Shayla Smooth & Manageable. Yang aku paling suka adalah bau dia. Kalau mandi tengah malam mesti nak guna yang ni sebab biar lah suami aku  tidur dengan bau haruman rambut aku.. Kah!!!  Bau dia agak kuat tapi sedap. Kadang rasa macam masuk saloon cina. 


Nak kata bau bunga sangat pun bukan walaupun kandungan dia ada minyak bunga camelia. Tau ke minyak bunga kamelia ni untuk apa? Selalu orang guna untuk aromaterapi. Sebab tu aku suka pakai sebelum tidur. Laki bini tidur nyenyak sedar-sedar jam dah pukul 6:30 pagi. Gila kau kalau tak mengelabah.


syampu untuk kulit kepala yang gatal


Yang last sekali botol hijau ni - Safi Shayla Itchy Scalp Contol . Khas untuk korang yang ada masalah kulit kepala gatal. Sapa ada masalah ni memang tau la betapa menyiksakan la lagi-lagi kalau pakai tudung. Kejap2 garu. Malu kot kalau masa tu kita dekat luar. Nak tahan benda tak boleh tahan. Pakai ni tiap2 hari tau.. Memang kurang gatal kulit kepala tu. makin lama makin hilang. 

Dia punya bau macam bau daun tea. Memang bau daun tea la sebab ada tea tree oil, kan? Nak pelik apa nye.. Ada kandungan menthol tu jugak la yang buat kulit kepala rasa lega dan tak gatal.

Kat mana nak dapatkan semua produk Safi Shayla ni?? Korng boleh dapatkan di mana-mana stor berdekatan korang seperti Mydin, Econsave, Lotus, 99 Speedmart, Giant, TF Value, Watsons, Guardian etc, ataupun dari laman e-dagang rasmi Wipro Unza 

Kalau nak beli di  Shopee: https://shopee.com.my/shop/35308287/search/?page=0&shopCollection=12900804


/>

Catat Ulasan

0 Ulasan