REVIEW DAN SINOPSIS: OUR BLUES

REVIEW DAN SINOPSIS: OUR BLUES | Siapa yang suka dengan drama yang santai tapi banyak main emosi mesti akan suka dengan drama ni. Ianya tentang pahit dan manis kehidupan yang dilalui sekelompok penduduk di pulau Jeju. Tentang cinta dan persahabatan. Juga tentang hubungan dalam satu komuniti yang saling berkait rapat.



Drama ni ada berbagai kisah dan cerita. Untuk episod 1-3 kita akan tonton kisah Han Su dan Eun Hui. Dan episod seterusnya kisah lain pulak. Tapi watak-watak tu tak hilang. Tetap ada dalam setiap episod. 

Ramai nantikan drama ni sebab ada Kim Woo Bin yang memang dah ramai tunggu kemunculan dia selepas 5 tahun berehat disebabkan masalah kesihatan. Walaupun dalam drama ni ada Shin Min A , tapi mereka tak berpasangan pun dalam drama ni.Ok la tu. Apa pun ramai gembira dengan kemunculan semula Woo Bin. Dalam drama ni dia memang tak mengecewakan walaupun kisahnya lebih banyak bermula di episod ke 4.

Sehingga artikel ni di tulis, drama ni baru bersiaran 4 episod. Jalan ceritanya makin menarik. Untuk 4 episod pertama aku boleh kata drama ni best dan layak di tonton.ada 16 watak utama dalam drama ni. So kita tunggu je la kisah yang mana satu paling best. 


Sinopsis Our Blues

Our Blues mengisahkan tentang perjalan hidup pahit dan manis mereka yang mendiami pulau Jeju. Kisah pertama mengenai Han Su dan Eun Hui yang berkawan sejak zaman perssekolahan. Eun Hui sememangnya sangat menyukai Han Su. Mereka kemudianya terpisah dan bertemu semula apabila sudah dewasa. Han Su sudah berkahwin dan mempunyai masalah kewangan.

Eun Hui masih keseorangan namun dia mempunyai simpanan yang mencukupi. Pertemuan semula Han Su dan Eun Hui membuatkan mereka rapat ssemula. Han Su melayan Eun Hui dengan sangat baik dan membuatkan Eun Hui berasa Han Su seolah-olah menyukainya. Rakan-rakan Eun Hui yang mencurigai Han Su kerana mereka tahu Han Su mempunyai masalah kewangan dan kemunculan Han Su mungkin untuk mendapatkan wang dari Eun Hui.


Park jeong Jun seorang kapten kapal nelayan. Setiap hari dia akan membawa beberapa penyelam wanita ke laut. Salah seorang penyelam tersebut adalah Lee Yeong Ok. Wanita yang sangat ceria, cantik dan menarik.


Park Jeong Jun jatuh cinta dengan Yeong Ok. Jeong Jun mahukan wanita yang akan sentiasa bersamanya. Namun dia sedar Yeong Ok pernah mempunyai ramai teman lelaki membuatkan dia berasa keliru dengan keinginannya sendiri dan akhirnya memutuskan untuk bersama Yeong Ok.



Pelakon Our Blues 

Lee Byung Hun - Lee Dong Seok

Shin Min A - Min Sun A

Cha Seung Won - Choi Han Soo

Lee Jung Eun - Jung Eun Hui

Han Ji Min - Lee Young Ok

Kim Woo Bin - Park Jung Jun

Uhm Jung Hwa - Go Mi Ran

Catat Ulasan

0 Ulasan