REVIEW DAN SINOPSIS : BAD AND CRAZY

REVIEW DAN SINOPSIS : BAD AND CRAZY | Bayangkan waktu kau berlaku tak adil dan salah buat keputusan tiba2 datang seseorang belasah kau cukup2 sebagai tanda amaran. Naya oi!!



Best drama ni. Awal episod pun dah menarik. Drama kepolisian lakonan Lee Dong Wook dan  Wi Ha Joon. Gandingan mantap dan sedap mata memandang.

Jalan cerita best cuma bila part lawan² macam kurang best . Biasa gitu la drama dan filem  korea ni tak de la nk tunjuk hero tu pandai kungfu ke, taekwando ke, silambam ke.. lawan macam bergaduh budak sekolah. Sakit mata tengok. 

Lee Dong Wook kelakar dalam drama ni. Wi Ha Joon boleh tahan gila punya karekter . Walaupun awal2 rasa geram sebab teruk Lee Dong Wook kena pukul, tapi patut pun kena. Sebab LDW ni pegang watak polis yang jahat dan tak adil demi nak kan pangkat. Tapi dia baik la..



Sinopsis Bad and Crazy

Ryu Soo Yeol  seorang anggota polis yang tangkas dan berani. Dia snggup melakukan apa saja demi pangkat dan disanjung orang atasan nya. 

Dia juga sanggup melindungi ahli politik yang jahat namun tanpa dia sedar ahli politik yang dia lindungi melakukan pembunuhan.  Awalnya dia tidak peduli . Tapi kerap kali muncul seorang lelaki yang akan memukul dan mencederakan nya jika dia salah bertindak.

Tapi hanya Soo Yeol sahaja yang dapat melihat lelaki misteri tersebut. 

Satu demi satu bukti jenayah pembunuhan  muncul dan membuatkan Soo Yeol mula menyiasat kes tersebut dengan lebih telus dengan "bantuan" lelaki misteri iaitu K. 

Siapa K sebenarnya??,


Pelakon Bad And Crazy

Lee Dong Wook

Wi Ha Joon

Cha Hak yeon 

Han Ji Eun


Catat Ulasan

0 Ulasan