RESEPI SPAGHETTI MUDAH DAN RINGKAS ESUAI UNTUK KANAK-KANAK

RESEPI SPAGHETTI MUDAH DAN RINGKAS SESUAI UNTUK KANAK-KANAK | Assalamualaikum... Menu malam semalam ialah spaghetti. Macam2 cara masak spaghetti aku dah try.Tapi Maisara ni ada je komplen nye..Ada je tak kena. Sampai la satu hari tu aku ubah resepi spaghetti tu jadi ala2 melayu.. Makan la jugak sikit..Sejak tu macam ni la aku masak spaghetti. Nak resepi?ok..salin...salin!!


Hehe..ingat tak dulu masa kita kecik2 tak dak intenet macam sekarang bila ada rancangan masak2, Mak kita,akak kita,maklang kita.. Selalu cakap gini.."salin..salin.." Sambil pegang pen dan buku kecik.. Kekonon nya nak buat la.. Tapi ,kertas resepi tu sampai warna coklat, Tak jugak di buat nya apa yang dia sibuk salin tu..



jom tengok resepi Spaghetti Ringkas Untuk Kanak-Kanak


Bahan-bahan

Sebungkus spaghetti
4 sudu minyak zaitun
1 biji Bawang holland-di cincang
3 ulas Bawang putih-dicincang
Daun ketumbar-di hiris halus.
Cili padi-potong halus2
Serbuk lada hitam-hujung2 suduje
Daging-suka hati nak banyak mana.potong nipis2 je..
Udang kering-ditumbuk halus
Garam

Cara-caranya

1. Rebus spaghetti.kemudian tos kan.
2. panas kan minyak zaitun
3. Tumis bawang dan bawang putih.
4. Masuk kan daging dan udang kering..
5. Masuk kan garam .tunggu hingga daging masak.
6. Masuk kan spaghetti dan daun ketumbar
7. Kacau2 dah siap..
Boleh makan..


Anak2 aku suka aku masak spaghetti gini Sebab ada rasa pedas2 tu. Kalau buat macam ada sos prego Tu memang diaorang tak makan. Tekak melayu..biasala..
Hehheh

/>

Post a Comment

0 Comments