RESEPI KERABU MANGGA SIMPLE DAN SEDAP

RESEPI KERABU MANGGA SIMPLE DAN SEDAP | Assalamualaikum... Entah bila saya buat kerabu mangga nih..
tak ingatt pulak.Suami saya makan bertambah2..hehe
Rasanya memang sedap..
yang penting bahan nya simple dan caranya mudah sangat nak buat.
nak resepi??jom kita tengok...





RESEPI KERABU MANGGA


Bahan-bahan:-
2 biji mangga muda
1 biji tomato
1 biji bawng besar
4 biji cili padi
2 tangkai daun ketumbar
sedikit lada hitam(anggaran dalam 6-7 biji)
1 sudu kecil udang kering
1 sudu perahan limau nipis/lemon
garam


iklan


cara-caranya..
Hiris halus mangga,tomato ,bawang besar ,daun ketumbar dan cili padi.
Goreng udang kering dengan sedikit minyak..tumbuk udang kering bersama lada hitam.
campur kan dengan semua bahan yang telah di hiris halus.
kemudian masuk kan garam dan perahan limau.
dah siap...





saya guna cili padi yang ni.
rasanya memang pedas.kalau yang tak tahan pedas
boleh kurangkan sikit cili padi tu ye.
boh sebiji pun dah pedas dah.




sekian.

/>

Post a Comment

0 Comments