RESEPI KEK PISANG PALING SEDAP MUDAH SUKATAN CAWAN

RESEPI KEK PISANG PALING SEDAP MUDAH SUKATAN CAWAN | Assalamualaikum... Aku nak share dengan korang resepi kek pisang nih. mesti jadi punya.. Aku pernah cuba resepi lain tapi tak berapa best kejadian nya. Tapi yang ni betul2 jadi.. Tambah pulak mudah je nak buat. Dulu dah buat entry sama dengan resepi ni.. kali ni aku update sekali dengan resepinya..






RESEPI KEK PISANG MESTI JADI SUKATAN CAWAN

Sukatan guna cawan saja. Guna cawan yang sama  supayan sukatan lebih tepat.

bahan-bahan:-
2 sikat pisang masak. (anggaran 15-20 biji)
3 cawan tepung gandum
1 sudu soda bikarbonat
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
4 biji telur





cara-cara:-


~ Lenyek pisang.dalam resepi asal katanya lenyek guna gelas supaya urat pisang tu tak putus.jangan di masuk dalam pengisar ye.kalau aku cuma guna tangan je..


~Lepas tu ayak soda bikarbonat terus ke dalam pisang tadi.lenyek lagi sampai pisang agak berbuih.bukan la berbuih macam buih sabun tu tapi buih sikit2 la.


~Blend telur dan gula sampai berbuih dan gula hancur.Nak guna hand mixer pun ok.lagi senang nak basuh.lepas tu masuk kan minyak masak.kacau2 je bagi sebati.tak pun blend kejap.dalam 4,5 saat.


~Lepas tu tuang teluar yang dikisar tadi dalam pisang lenyek tadi.kacau guna senduk,masuk kan pulak tepung.kacau lagi sampai sebati.



~Sapu loyang kek dengan minyak atau majerin.lepas tu tapur tepung gandung dalam loyang.rata2 kan tepung tu.lebihan tepung tu kena keluarkan.aku pernah try sapu minyak je.tapi lekat jugak.bila sapu tepung tak melekat dah.


kali kedua buat kek pisang guna resepi yang sama loyang yang berbeza.


~Kemudian masuk kan adunan dalam loyang.bakar 40 minit dengan suhu 180'c. ikut oven masing la.Sejuk kan kek sebelum keluarkan dari loyang


*panas kan oven dulu sebelum bakar kek
*bila kek merekah kat atas,tutup api atas.guna api bawah je.
*atas kek aku ni aku bubuh coklat bar. sagat je coklat bar tu atas adunan kek sebelum bakar.


selamat mencuba ye..





/>

Catat Ulasan

0 Ulasan