RESEPI KAKI AYAM MASAK KICAP PEDAS YANG SEDAP

RESEPI KAKI AYAM MASAK KICAP PEDAS YANG SEDAP  | Banyak betul kaki ayam dalam peti sejuk. Macam ni la kalau kerap beli ayam. Anak-anak dan suami tak makan ikan jadi memang kerap beli ayam. Bila kerap beli ayam memang banyak la kaki ayam tu. Seminggu je dah ada 6-8 kaki. 6 tu dah cukup banyak la untuk keluarga kecil saya ni. 

Sebenarnya bukan beli banyak ayam pun. Tapi bila beli ayam bahagian peha je memang dapat sekali dengan kaki. TUkang potong malas nak buang kaki kot.



Kadang-kadang sampai buang2 je sebab malas nak simpan lama2. Kalau lama2 kaki ayam dah tak sedap. Tapi kalau datang rajin nya tu ni la salah satu masakan yang akan saya buat menggunakan kaki ayam. 

Kaki ayam masak Kicap, bukan biasa-biasa punya masak kicap ni. sekali rasa terus bertambah-tambah nasi. Tak pandang dah lauk lain.

ada orang tak suka makan kaki ayam sebab keras. saya pun tak la suka sangat. Ada masakan yang sesuai memang boleh jaadi sedap. Contohnya masak sup dan masak lemak cili padi. 


Cara nak bagi kaki ayam cepat lembut dan senang dimakan, korang kelar bahagian tengah kaki ayam sampai nampak tulang bahagian dalam kaki. Kelar di tengah2 sepanjang kaki ayam tu.



kemudian buang kuku pada kaki ayam dan cuci bersih. Kaki ayam perlu dimasak lama supaya lebih lembut. Boleh juga kalau nak rebus dulu kaki ayam tu selepas dikelar. Lepas rebuss dalam 20 minit boleh lah digunakan untuk masak masakan yang korang suka.

Kalau ikut selera saya , selepas kelar bahagian tengah kaki, saya akan potong kaki tu kepada 2 bahagian. senang sikit nak makan. Tak la nampak ngeri sangat dalam pinggan kita. Hahahah


Kaki Ayam Masak Kicap Pedas

Kalau dilihat pada gambar masak kicap saya ni nampak macam banyak je minyak. Tapi tak.. saya letak 2 sudu besar minyak saja. Tapi minyak pada kaki ayam tu akan keluar kalau kita masak kaki dengan lebih  lama. Itu yang buat sedap tu.
Masak kicap ni memang agak lama sebab kita nak bagi kaki ayam tu betul2 lembut dan keluar minyak2 dari kaki ayam tu. Rasanya juga pedas sebab sebati dengan cili yang dimasak lama.

Makan kaki ayam ni juga katanya awet muda tau... :D




Ok..Jom kita tengok macammana cara nak masak kaki ayam masak kicap yang sedap ni. Berikut adalah bahan-bahan dan cara penyediaan nya.


Bahan-Bahan

satu mangkuk kaki ayam, di potong dan dibersihkan.

5 sudu kicap manis

1 biji bawang besar

5 ulas bawang putih dikisar

1 inci halia dikisar

2 batang serai diketuk

10 tangkai cili 

2 sudu besar minyak masak

Daun bawang di hiris halus
Daun sup dihiris halus

*kulit kayu manis

*Bunga lawang

*Bunga cengkih

*Jintan Manis

*Jintan putih

*Lada hitam

Kisar semua bahan bertanda *. dan guna 1 sudu kecil sahaja bahan kisar.




Cara penyediaan

Panas kan minyak.

Tumis bawang besar .

Masuk kan kaki ayam. tutup periuk atau kuali supaya minyak tak meletup. masak sampai minyak pada kaki ayam keluar. Guna api perlahan.

kemudian masuk kan bawang putih, halia dan 1 sudu kecil rempah ratus yang dikisar halus. 

Kacau sebati dan tutup periuk. Masak lagi sampai bahan tumis garing. 


Kemudian masuk kan cili, serai, kicap manis dan 1 cawan air. 

tutup periuk dan masak lagi sampai kuah jadi pekat. kekalkan api perlahan.

bila kuah dah pekat, masuk kan daun bawang dan daun sup dan 1 cawan air. masak hingga mendidih dengan api besar.

Siap untuk dihidangkan.. Kalau suka sedikit masin tambah kan garam. Tapi saya ok je tak letak garam.








Catat Ulasan

0 Ulasan