RESEPI CUCUR UDANG PALING SEDAP . CUCUR UDANG INTI KUAH KACANG

RESEPI CUCUR UDANG PALING SEDAP . CUCUR UDANG KUAH KACANG | Pernah makan cucur udang ada inti kuah kacang? Aku tak tahu la kalau tempat korang ada cucur udang macam ni. Tapi kat kampung aku, Beruas, memang cucur udang ada letak kuah kacang didalam nya. Cuma dah susah nak jumpa. Dan kalau ke Pekan Beruas tu cuma kakak aku sorang je yang masih jual cucur udang dalam nya diletak kuah kacang.



Kat tempat lain, biasanya kuah kacang ni letak asing. Nak makan baru cicah dengan kuah kacang. Tapi di kampung  aku, sejak kecil macam  ni lah cucur udang yang dijual. Cucur udang tu dibelah dibahagian tepi dan disumbat dengan kuah kacang. Macam kita buat pau sambal tu.

Setiap kali balik kampung mesti nak cari cucur udang ni. Tapi sekarang kakak aku yang jual cucur udang jadi tak susah la kalau tiba-tiba balik kampung teringin nak cucur udang inti kuah kacang.

Balik kampung berbuka puasa baru-baru ni, kakak aku buatkan cucur udang ni. Cukup banyak. Punya la seronok . Berbunga-bunga hati bila tengok cucur udang yang sama macam aku makan masa kecil-kecil dulu.

Cucur udang ni dibentuk bulat menggunakan senduk. Senduk tu dipanaskan dalam minyak. Bila dah cukup panas bau masuk kan bancuhan tepung di dalam senduk tu dan goreng sampai garing guna api yang sedang2 je.

Cara membuatnya memang agak rumit sikit tapi puas hati la. Nak letak harga 80 sen- rm1 sebiji pun orang tak kisah. Tengok la saiz nya dan udang yang banyak tu. Sebiji pun dah boleh kenyang.

Pada yang nak kan resepi cucur udang paling sedap ni , aku kongsikan di bawah.


Cucur Udang Paling Sedap 

Bahan-Bahan:


3 cawan tepung gandum
sedikit garam
segengam daun kucai di potong
sedikit serbuk kunyit
1 sudu  kecil serbuk yis
segenggam taugeh
2 cawan air

udang yang dah dibersihkan

minyak untuk menggoreng


Cara penyediaan:

Campurkan semua bahan kecuali minyak dan udang .

dan kacau sebati. Adunan tak boleh terlalu cair. 

peram adunan selama 20 minit  sebelum goreng.

Panaskan minyak dalam kuali dan rendam senduk . 


Bila senduk dah panas masuk kan bancuhan tepung dalam senduk. 

letak udang atas bancuhan  dan rendam senduk dalam minyak panas. 

cucur akan terasing dari senduk dan ulang langkah sama sampai bancuhan tepung habis.

Goreng cucur sampai keperangan dan kemudian angkat.

Toskan cucur udang.

belah bahagian tepi cucur dan masuk kan kuah kacang. 



Resepi Kuah Kacang Paling Sedap

1 cawan kacang tanah di bakar atau di sangai kemudian buang kulit dan kisar halus 

10- 15 tangkai cili kering  

2 sudu besar gula merah 

1 sudu besar gula pasir 

1 batang serai 

1/2 inci halia 

1 biji bawang besar 

2 ulas bawang putih 

1 asam keping 

garam secukup rasa 

1 senduk kecil minyak untuk menumis 

air 1 cawan

Cara-Caranya

Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih dan halia. 

Panaskan minyak dan tumis serai yang dah di ketuk

Masuk kan cili kering yang dah di kisar. Masuk kan garam,gula merah dan gula pasir.Kemudian masuk kan asam keping.

Bila cili dah masak garing masuk kan air kemudian kacang tanah yang dah di kisar halus. 

Masak guna api perlahan sampai air kering dan kuah kacang naik minyak.

Bila dah naik minyak maknanya kuah kacang dah masak

 

/>

Catat Ulasan

0 Ulasan