MAKANANAN YANG BOLEH MENGAWAL RASA CEMAS MARAH STRESS DAN KELIRU





MAKANANAN YANG BOLEH MENGAWAL RASA CEMAS MARAH STRESS DAN KELIRU | Rasa marah,keliru tertekan dan sebagainya adalah perasaan yang biasa kita alami setiap hari.namun semua perasaan ini mampu kita kawal jika kita mengambil beberapa makanan sekali gus ianya menjaga kesihatan kita.perasaan2 ini jika tidak dikawal sebaiknya boleh merugikan diri sendiri dan orang lain.


1. Cemas
Dr. Oz menyarankan untuk mengambil kacang Pistacio. Kacang ni banyak kat pasaraya.kacang ni kaya dengan selenium; mineral yang berperanan penting untuk aktiviti otak. kekurangan selenium boleh membuat seseorang mudah cemas, gelisah dan depresi. selenium berfungsi mengurangi rasa cemas dan meningkatkan mood positif. Selain itu,boleh makan ikan tuna, bawang putih atau cendawan.

2. Stres
Ketika stres ramai orang akan mengambil makanan yang manis seperti aiskrim atau coklat.. sebenarnya makanan yang paling baik ialah makanan yang mengandungi vitamin C tinggi seperti oren, lemon atau paprika. Vitamin C boleh menurunkan paras hormon stres yang dilepaskan tubuh ketika berada dalam mood negatif. Vitamin C dos tinggi memang banyak dijual dalam bentuk pil atau suplemen vitamin. Tapi sumber terbaik tetap yang semulajadi, yang berasal dari buah-buahan.




3. Gelisah
Gelisah biasanya bermula dengan perasaan cemas sehingga membuat tubuh tidak boleh berhenti bergerak dan susah tidur.keadaan ini boleh diatasi dengan minum jus cherry. minum lapan oz jus cherry di waktu pagi dan sebelum tidur terbukti berkesan mengatasi masalah susah tidur pada orang dewasa. Buah cherry kaya dengan melatonin, hormon yang mengatur waktu tidur manusia. Dengan meningkatnya hormon ini, akan memicu otak untuk boleh membezakan siang dan malam sehingga kita akan mudah tidur tanpa gelisah.

4. Keliru
Merasa keliru dan tidak tahu apa yang harus dilakukan ketika menghadapi masalah? cuba makan buah-buhan beraneka warna seperti nanas, cranberry atau plum. Buah-buah ini mengandung antioksidan yang berkhasiat melawan radikal bebas yang boleh merosak kan sel saraf di otak (berpotensi mengurangi daya ingatan). Untuk membantu fikiran lebih fokus ambil juga ikan yang mengandung omega-3 seperti salmon. Amalkan 3 jenis buah dan omega-3 dalam seminggu untuk hasil maksima..

5. Marah
Jika Anda mudah berasa marah mungkin disebabkan kurangnya paras serotonin. Hormon ini bertugas mengawal rasa marah. Ketika tubuh kekurangan serotonin, otak jadi tidak mampu mengawal emosi dengan stabil. Sebaliknya jika paras serotonin normal,kita akan lebih tenang, santai dan boleh mengawal masalah yang datang dari luar. Makan pisang raja dikatakan boleh meredakan amarah kerana memiliki kandungan hormon serotonin yang tinggi.

Catat Ulasan

0 Ulasan