VAPING HANYA MENUKAR KEBIASAAN MEROKOK ANDA. BUKAN MENGHILANGKAN KETAGIHAN

VAPING HANYA MENUKAR KEBIASAAN MEROKOK ANDA. BUKAN MENGHILANGKAN KETAGIHAN | Bagi pengisap vape kau cakap la apa pun diaorang tetap tak boleh terima kalau kita kata vape tu bahaya. Kita kata vape haram pun dia sangkal ni kan pulak kalau kata vape bahaya. Lagi la diaorang tak boleh terima.



Dulu pernah tulis pasal bahaya vape , sampai kena serang la blog saya ni dengan kaki-kaki vape yang tak boleh terima kenyataan vape tu bahaya. Sekarang ni harap-harap kaki-kaki vape dulu yang marah dengan artikel saya tu sihat walafiat la.

Dah banyak sekarang ni bahaya vape yang mula muncul dan bagi kesan pada pengamalnya. Ada yang meletop, ada yang masuk hospital sebab batuk, ada yang sesak nafas, lungs infection. Semuanya sebab kesan jangkaa panjang menghisap vape.

Niat tu bagus la, hisap vape sebab nak buang tabiat merokok. Tapi caranya tak betul malah tak de beza pun dengan merokok.

Mengikut apa yang saya baca pengalaman dan penceritaan orang yang merokok , merokok tu tak buat kan kita ketagih pun. Ianya cuma kebiasaan kita atau habit. Merokok tak kan buat kita ketagih tapi bila awak dah terbiasa merokok, awak akan merokok  bila ada masa lapang atau masa-masa yang awak selalu merokok. Misalnya selepas makan. ianya jadi habit pada awak untuk merokok selepas makan.

Maknanya awak boleh hentikan tabiat merokok ni walaupun tanpa vape. Vape bukan menghilangkan ketagihan, dia cuma menukar kebiasaan awak dari merokok kepada vaping.

Ni salah satu kes terbaru tentang vape yang dah voral di twitter. Asalnya kena denggi. Lepas tu berlaku lung infection pulak sebab vape.





Awak rasa bila awak hisap vape ianya lebih selamat, Sebenarnya tidak. Vape pun bahaya.

Menurut American Lung Association, menggunakan rokok elektronik atau vaping, khususnya yang jenis berperisa dan beraroma, dapat menyebabkan popcorn lung. Bronchiolitis obliterans atau lebih dikenali sebagai popcorn lung adalah keadaan dimana saluran udara terkecil dalam paru-paru (bronchioles) menjadi sempit kerana luka.

Walaupun terdapat rawatan untuk menghadkan dan mengurangkan penyakit ni namun , pada masa ini tiada ubat untuk paru-paru popcorn, dan ia dianggap mengancam nyawa.

Catat Ulasan

0 Ulasan