TIPS PILIH TEMBIKAI YANG MANIS MASAK RANUM DAN SEDAP

TIPS PILIH TEMBIKAI YANG MANIS MASAK RANUM DAN  SEDAP | Cuaca panas macam ni ,kalau dapat makan tembikai memang nikmat nya. Buah tembikai ramai penggemarnya. Sedap kalau dibuat jus dan dimakan macam tu saja. Tapi jika silap memilih ,pasti kecewa apabila terbeli buah tembikai yang tawar dan tidak cukup masak.


Saya sendiri agak sukar memilih tembikai yang betul-betul masak. Selalunya saya hanya menyerahkan pada penjual sahaja untuk memilih buah tembikai yang terbaik. Tapi jika membeli di paasaraya tentu sukar untuk kita memilih. 

Kali ni saya nak kongsikan beberapa tip memilih tembikai yang boleh diguna pakai jika kita nak membeli buah tembikai. Beberapa tip ini saya gunakan juga ketika memilih tembikai yang masak ranum dan manis.


Saya lebih suka memilih teknik tamparan untuk memilih tembikai. Apa yang saya buat ialah menampar kulit tembikai beberapa kali. Bunyi tamparan menentukan tahap buah tembikai tersebut.

Jika tamparan berbunyi seperti anda menampar dahi, itu bermakna tembikai tersebut masih belum masak lagi.

Tamparan yang berbunyi padat seperti menepuk dada, itu bermakna tembikai tersebut masak dengan sempurna. Manakala jika tamparan berbunyi seperti menepuk perut , itu bermakna tembikai sudah terlebih masak dan mengandungi banyak air.

  • Dahi - belum masak
  • Dada - masak sempurna
  • Perut terlebih masak dan banyak air.



Cara kedua ialah cara yang memerlukan kita lebih teliti dalam memerhatikan warna dan bentuk tembikai

1. Alur pada bontot tembikai lebih halus dan rapat bermakna tembikai tersebut elok dan cukup masak. 


2.Tangkai tembikai yang bengkok adalah tembikai yang manis.Tangkai juga mesti lah kering dan berwarna coklat. jangan pilih tangkai yang berwarna hijau.

3. Tembikai yang berkulit gelap lebih manis dan banyak air.

4.Tembikai yang garisnya rata dan tidak pecah adalah tembikai yang terbaik.


Rajah diatas juga boleh dijadikan panduan mudah untuk memilih tembikai yang masak ranum dan manis. Saya juga suka memilih tembikai di musim panas keraa tembikai yang berbuah dimusim panas kebanyakan nya manis dan sedap. 

Saya lebih suka tembikai yang manis dan tidak terlalu berair jadi saya perlu memilih tembikai yang berbentuk bulat berbanding yang lonjong. Anda pula bagaimanaa?? Tembikai bagaimana yang menjadi pilihan anda

/>

Post a Comment

0 Comments