SOSIAL MEDIA MULA DIPENUHI #JUSTICE4BABYSYIFAA - GESA PIHAK BERKUASA TELUS LAKUKAN SIASATAN



SEREMBAN: Polis menafikan tidak menjalankan siasatan telus terhadap kematian seorang bayi perempuan berusia 15 bulan yang dipercayai maut selepas tersangkut pada kain buaian di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Bandar Sri Sendayan, bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof sebaliknya berkata, kertas siasatan berhubung insiden itu juga sudah diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dan hanya menunggu arahan pendakwaan.

“Pihak polis tentunya sudah menjalankan siasatan menyeluruh yang mana kami turut mendapatkan bantuan forensik bagi siasatan yang lebih tepat.


“Kertas siasatan yang lengkap juga sudah dihantar kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dan kami hanya menunggu arahan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi.

Beliau terdahulu mengulas dakwaan keluarga mangsa yang mendakwa bayi berkenaan dijerut dan bukannya terjerut.

Menerusi hantaran di Facebook bapa mangsa turut menyatakan ketidakpuasan hati susulan kes berkenaan belum dituduh di mahkamah sehingga hari ini.

Mengulas lanjut Nanda berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan dibuat oleh keluarga mangsa. - Awani.

Sementara itu sosial media dipenuhi hashtag #justice4babysyifaa oleh ramai netizen dan pengguna soial media yang turut berduka cita dan bersimpati dengan nasib keluarga ini. Ramai yang menggesa agar pelaku dihadapkan ke mahkamah dan ada keadilan dan pembelaan yang sewajarnya.

Mereka turut menggesa agar dilakukan siasatan semula.



Dalam satu hantaran di Facebook , bapa mangsa menjelaskan yang beliau redha dan tidak menyimpan dendam pada bekas pengasuh anaknya. Namun dia hanya mahu mereka melalui proses perundangan.

Malah sekeping nota tulisan tangan yang diberikan pengasuh kepada keluarga mangsa ketika memulangkan barang-barang milik mangsa menimbulkan syak wasangka bahawa berlaku sesuatu yang tidak kena. 

Menurut bapa mangsa lagi sejak kes anaknya menjadi tular tiada langsung pihak berkuasa dan pemimpin-pemimpin negara yang menghubungi nya. 

Bapa mangsa juga bertegas akan tetap memperjuangkan keadilan untuk anaknya dan tidak akan berhenti selagi pelaku sebenar tidak dikenakan hukuman.


 

Catat Ulasan

0 Ulasan