SINOPSIS DAN REVIEW : ATRANGI RE

SINOPSIS DAN REVIEW : ATRANGI RE | FILEM HINDI 2021. Rating 8/10. Aku tengok filem hindi Atrangi Re ni 2  hari lepas.  Filem ni aku ada nampak Dhanush promot kat salah satu post lama dia kat IG. Tu yang rasa nak tengok sangat.


  

Dah lama jugak tak tonton filem-filem lakonan Akshay Kumar. Rupanya masih berbisa lagi walaupun dah rambut dah beruban. Wajah tuanya tu dah muncul tapi tetap segak.

Pelakon perempuan ni ada iras-iras Karisma Kapoor la. Aku tak familiar sangat dengan pelakon hindi zaman sekarang ni. Rupanya ini anak Saif Ali Khan. Sara Ali Khan. Patut lah ada iras-iras Amrita Sigh. Lakonan nya mantap, memang cantik orang nya.

Dhanush macam biasa. Tak pernah mengecewakan.. 

Review Atrangi Re 2021

Baca review ramai yang suka filem ni sebab filem ni tentang mental health. Lagu-lagunya, jalan cerita yang ada tonjolkan budaya diaorang yang penuh warna warni tu, semuanya memang terbaik.

Filem ni juga kelakar . Selalunya kita orang biasa yang selalu berdepan dengan masalah orang sekeliing kita yang ada mental health. Tapi yang ni doktor tu sendiri terpaksa berdepan dengan masalah ni. 

Kalau doktor pun pening sampai nak menjerit dan ketawa sorang2, apatah lagi kita orang biasakan?? so korang tengok la nanti filem ni.


Sinopsis Atrangi Re

Hubungan Rinku dan kekasihnya,Sajjad seorang lelaki muslim ditentang keluarga Rinku. Disebab kan itu keluarga Rinku menculik seorang lelaki yang tidak dikenali untuk berkahwin dengan Rinku.

Vishu seorang doktor pelatih tidak menyangka kehidupan nya diragut sekelip mata apabila dia diculik dan dikahwinkan dengan Rinku dalam keadaan yang amat menyedihkan. 

Selepas berkahwin Vishu membawa Rinku pulang ke Delhi dan tinggal diasrama lelaki. Mereka sepakat untuk membawa haluan masing² dan melupakan tentang perkahwinan mereka. Rinku memutuskan untuk bersama Sajja sekembalinya teman lelakinya itu dari luar negara. 



Vishu sebenarnya mempunyai teman wanita,Mandy dan akan bertunang dua hari lagi. 

Vishu terpaksa merahsiakan tentang Rinku supaya Mandy tidak mengetahui perkara sebenar. Majlis pertunangan Vishu dan Mandy berlansung dan ketika itulah segala rahsia yang disimpan Vishu terbongkar. Pertunangan mereka dibatalkan. 

Bagaimana Vishu akan menghadapi segalanya setelah apa yang dirancang dalam hidupnya hancur musnah kerana Rinku?? Jom tonton.

Pelakon Atraangi Re 

Dhanush
 
Sara Ali Khan

Akshay KUmar

Catat Ulasan

0 Ulasan