REVIEW DAN SINOPSIS : THIRTY NINE

REVIEW DAN SINOPSIS :THIRTY NINE - KDRAMA|Rating 6/10. Salah satu sebab kenapa aku tonton drama ni ialah sebab Son Ye Jin dan Jeon Mi Do. Pelakon lain boleh dikatakan sendu² je la.



Review Thirty Nine

Drama Thirty Nine ini tentang persahabatan. Ada la babak sedih dan lucu 3 sahabat ni. 

Son Ye Jin punya lakonan memang best la. Nampak dia macam kawan yang baik. Tapi tu la digandingkan dengan 2 lagi pelakon ni aku tak nampak la keserasian diaorang bertiga sebagai kawan baik.

Nak kata membosankan pun boleh jugak. Jalan cerita pun terlalu slow dan  berpusing². Sebab dia macam banyak throwback kejadian-kejadian sebelum kawan baiknya meninggal.



Cerita ni banyak tentang perasaan 3 sahabat ni je. Tapi aku yang tengok susah nak rasa sedih, marah, seronok macam apa yang dialami 3 sahabat ni. Perasaan tu tak sampai. Tak mungkin la aku sejenis yang tak de perasaan kan?? 🤣🤣

Cumanya drama ni ada la pengajaran dia.. aku percaya drama macam ni tetap ada peminat dia. Drama yang boleh korang duduk dan tenang menonton nya.

Sinopsis Thirty Nine

Chan Yeong, Mi Jo dan Ju Hui 3 sahabat yang berkawan sejak mereka bersekolah. Mi Jo dibesarkan oleh keluargaangkat yang sangat baik. Dibesarkan dengan sangat baik dan menjadi seorang doktor pakar kulit.

Berbagai perkara dilalui 3 wanita berusia 39 tahun ini. Diusia begini merwka masih mengejar cinta dan kebahagian yang belum mereka tempuhi. 



Hidup Mi Jo dan Ju Hui mula terasa kehilangan selepas kematian Chan  Yeong  yang mengidap barah. Chan Yeong juga mengalami kesukaran dalam hidupnya apa bila dia terlibat dengan hubungan dengan suami orang. 

Pelakon Thirty Nine

Son Ye Jin

Jeon Mi Do

Kang Mal Geum

Lee Tae Hwa

Yeon Woo Jin

Kim Kwon 

Catat Ulasan

0 Ulasan