REVIEW DAN SINOPSIS : THE SINISTER SURROGATE (2018)

REVIEW  DAN SINOPSIS : THE SINISTER SURROGATE (2018) | Tajuk: The Sisnister Surrogate 

Directors: Isak Borg, Dena Hysell-Cornejo (as Dena Hysell)

Writer: Adam Rockoff

Stars: Jaclyn Hales, Kelly Thiebaud, dan  Brian Ames.

Taglines: She'll Do Anything to Get What She Wants

Genres: Thriller

Country: USA

Language: English

Release Date: 13 October 2018

Rating dari saya: 4/10


Filem lama tapi baru tonton je. Dah tak de buat apa ni kita tulis review untuk filem ni  pulak. Filem Sinister Surragate ni filem tahun 2018 lakonan Jaclyn Hales, Kelly Thiebaud, dan  Brian Ames.

hah!!gitu..nama pelakon nya pun tak terkenal.. Hahahah.. Lepas ni saya nak tulis review untuk filem-filem lama pulak la. Mana tahu kalau ada yang nak baca dan tertarik nak tonton.

Saya ni memang suka tonton filem yang macam drama-drama sikit. Biasanya filem drama ni, walaupun filem aksi tapi dia tak la ganas atau kejam sangat. Kalau filem romantik dia tak la romantik sangat. gitu!!!

Sinopsis The Sinister Surrogate

The Sinister Surrogate mengisahkan sepasang suami isteri, Danielle dan Josh yang dah lama berkahwin tapi Danielle disahkan tak boleh mengandung.

Disebab kan diaorang betul-betul nak anak, diaorang pun cari la agent untuk gunakan perkhidmatan ibu tumpang. Agen tu kenalkan diaorang dengan Kailee.

Kailee cantik, nampak sopan, ada latar belakang yang baik dan mereka pun setuju untuk jadikan Kailee sebagai ibu tumpang.

Sepanjang Kaliee mengandung tak de apa-apa masalah. Hubungan mereka baik dan melalui perjanjian selepas bersalin, mereka tak kan berjumpa lagi tapi sayang nya seorang ibu pada anak yang dikandung tak de siapa boleh sangkal. Walaupun sekadar ibu tumpang.



Selepas bersalin Kailee selalu muncul di depan Danielle dan Josh. Dia gunakan "kebetulan" sebagai alasan. sekali ok lagi tapi kalau seminggu 2,3 kali bertembung mesti lah rasa pelik..kan?

So psangan suami isteri ni pun berterus terang denganKailee supaya jangan muncul depan diaorang lagi. Tapi Kailee buat tindakan lebih ekstrem lagi. Masa Danielle tertido, dia terkejut bila dia bangun nampak Kailee tengah dukung anak dia. kat dalam rumah dia.

Dia serang kailee dan Kailee buat report polis. padahal Kailee yang ceroboh masuk rumah Danielle. Tapi sebab melalui rekod yang pasangan suami isteri ni kenal Kailee jadi alasan kailee menceroboh tu polis tak terima pakai.

Kailee juga pasang alat untuk curi dengar dalam rumah Danielle dan Josh. Sampai satu tahap, Kailee sanggup bunuh kawan sekerja Josh yang josh upah untuk godam website perkhidmatan Ibu tumpang supaya diaorang dapat maklumat berkaitan mental Kailee. Sebab diaorang agak Kailee ni sakit mental disebabkan tindakan2 dia pada diaorang sebelum ni.

Review The Sinister Surrogate

Filem ni ringan saja jalan cerita nya. tak de babak ngeri dan kejam sangat yang ditayang kan. Babak tikam2 pun tak tunjuk terang-terang macam setengah filem lain sampai risau kita nak tengok.



Masa pertama kali diaorang dah start risau Kailee asyik muncul tu, saya ingatkan diaorang nak pasang cctv, tapi dah macam2 kejadian , dah melibatkan polis bagai baru nak pasang cctv. Entah la apasal lembab sangat laki bini tu.Hahhaha.

Ada banyak babak dalam filem ni yang tak berapa kuat dia punya cara menterjemahkan tu. Kailee yang dah ditahan polis tiba2 dilepas kan macam tu je padahal dia serang orang dengan pisau.

Tiba2 je keluar kat berita kata doktor yang merawat mental Kailee dibunuh. Siapa yang bunuh pun macam tergantung je sebab ada dua orang penjenayah dalam filem ni.

Josh yang kena tikam kat perut, tiba2 boleh berdiri tegak siap tak nak pi hospital dapatkan rawatan. macam pelik je. Saya agak produksi tak cukup bajet nak buat pengambaran kat hospital. 

Apa pun filem ni masih seronok untuk di tonton terutamanya bila kita dah tak de filem apa nak tengok.Hahhahah

Catat Ulasan

0 Ulasan