REVIEW DAN SINOPSIS : MAARAN

REVIEW DAN SINOPSIS: MAARAN | FILEM TAMIL 2022. Rating 8/10 Hi.. kali ni aku nak review satu filem tamil yang boleh di layak ditonton tanpa sia-sia. 



Filem tamil memang ramai penggemarnya. Sebab banyak filem2 mereka yang best². Tapi ada juga yang agak sampah untuk ditonton.🤣. untuk filem yang akan aku review ni aku bagi rating 8/10. 

So hari ni aku akan review filem bertajuk Maaran yang diterbitkan tahun 2022 dan diarahkan oleh Karthick Naren.

Review Filem Maaran

Apa yang best tentang filem ni ialah Jalan cerita yang menarik, pelakon yang hebat-hebat di tambah dengan susun alur setiap babak yang sangat kemas. 



Ini adalah filem aksi yang mendebarkan lakonan Dhanush. Filem aku berani kata best walaupun jalan cerita klise. Tapi klise diawalnya saja. .

Hero dedahkan salah laku orang jahat. Lepas tu orang jahat datang nak pukul, ugut², hero hati kental, orang jahat bunuh orang paling hero sayang. Hero nak balas dendam..

Biasa je kan ceritanya.??  Tapi yang best tu banyak babak2 menarik la terutamanya masa dia siasat kes kematian adik dia tu. Mendebarkan dan penuh aksi  . 

Part nyanyi² dan  menari tu best je tengok. 🤣. Dhanush kalau menari memang best.  Macam pacat. 🤣

Sepanjang tonton filem ni rasa macam ada syak wasangka jugak dengan kawan polis dia tu. Biasa kan dalam filem tamil ,polis tak boleh dipercayai. Dalam filem ni kalau nak tau polis tu baik ke tidak kena tonton la. 

Tapi dia punya plot twist memang terbaik la. 

Cuma nya filem ni tak ada kelainan pun dengan filem² tamil aksi yang lain. Korang akan jumpa banyak filem macam ni . Cuma nya best di tonton.

Sinopsis Filem Maaran

Maaran mengisahkan seorang lelaki yang kehilangan ibu ketika melahirkan dan ayahnya yang mati dibunuh ketika dia masih kanak-kanak. Sejak itu dia dan pakcik nya yang menjaga adiknya yang baru dilahirkan sehinggalah mereka dewasa. 



Selepas mencuba berbagai pekerjaan dia akhirnya mendapat kerja sebagai wartawan.  

Dia bertemu dengan kawan lama dia seorang inspektor polis.Polis tu bagi tau dia tentang salah laku seorang ahli politik memalsukan keputusan pilihanraya. Polis tu akan bagi semua informasi pada Maaran untuk didedahkan.

Tapi orang atasan Maaran tak setuju sebab takut. Dia tak mahu nasib Maaran sama seperti  ayah Maaran yang mati dibunuh. 

Tapi Maaran bertekad dan mulakan rancangan untuk dedahkan salah laku ahli politik ni. Mereka dapat satu rakaman tentang ahli politik tu dan mula dedahkan pada media. 

Sejak tu Maaran mula diburu samseng² upahan ahli politik tersebut.



Pelakon Filem Maaran 

Dhanush

Malakvika Mohanan

Smruthi Vanket

Samuthirakani

Mahendran

Catat Ulasan

0 Ulasan