REVIEW DAN SINOPSIS : FORECASTING LOVE AND WEATHER

REVIEW DAN SINOPSIS : FORE drama ini disebabkan pelakon Popular , Song Kang yang memegang watak sebagai Lee Si Woo. Bagi saya Park Min Young sebagCASTING LOVE AND WEATHER | Ramai yang awalnya menontonai Ha Kyung jugak tak kurang hebatnya. Memberi warna pada drama ni nampak lebih menarik dengan watak wanita berkarisma yang dibawa. 



Awalnya memang saya rasa macam pemilihan Park Min Young macam tak kena tapi bila dah menonton nya baru saya dapat rasakan keserasian nya dengan Song Kang. 

Jalan cerita drama ni agak klise bagi saya. Drama cinta ditempat kerja. Memang perkara biasa dalam drama cinta korea.  Ada konflik dengan kekasih lama dan macam mana berhadapan dengan rakan sekerja yang juga kekasih.

Cuma bila ianya berlatar kan kehidupan pekerja dipusat ramalan cuaca, disitu lah yang menariknya. Sekurang-kurangnya kita boleh tahu tentang pekerjaan mereka dalam bidang ni yang rupa-rupanya sangat penting terutamanya bagi negara yang mempunyai iklim dan cuaca yang tak menentu. 


Selain kisah cinta Lee Si Woo dan Ha Kyung, drama ni juga berkisarkan tentang pekerja-pekerja di pusat ramalan cuaca. Ada yang berhadapan masalah rumahtangga dan juga kehidupan peribadi mereka yang agak pelik seperti Seok Ho. 

Tapi bagi saya ini bukan lah drama yang boleh dikatakan drama terbaik. Tapi kalau ramai yang perkatakan tentang drama ni, boleh viral juga sama macam drama Hometown Cha Cha Cha.. Drama biasa2 saja tapi viral disebabkan pelakon kacak dan babak romantik macam kena hurung semut. 🤣


Sinopsis Forecasting Love And Weather

Drama korea yang mengisahkan Ha Kyung yang bekerja di pusat ramalan cuaca. Ha Kyung akan mendirikan rumahtangga namun tunangnya Han Gi Jun berlaku curang dan perkahwinan mereka dibatalkan.



Han Gi jun mendirikan rumahtangga dengan Yoo Jin seorang wartawan dan masih bekerja di pusat ramalan cuaca. 

Disebabkan kenangan pahit itu Ha Kyung memutuskan untuk tidak lagi bercinta dengan rakan sekerja.

Lee Si Woo yang juga bekas kekasih Yoo Jin dipindah kan ke pusat ramalan cuaca dan bekerja di bawah Ha Kyung. 

Pertama kali bertemu, Si Woo sudah tertarik pada Ha Kyung. Walaupun cuba mengelak namun Ha Kyung tidak dapat menipu yang dia juga suka pada Si Woo. Mereka memutuskan untuk bercinta tanpa pengetahuan sesiapa. 

Walaupun sudah berkahwin tapi Gi Jun dan Yoo Jin sering berselisih faham. Tekanan juga dirasakan apabila Ha Kyung dan Gi Jun juga kerap bertengkar apabila bertemu untuk urusan kerja.

Yoo Jin pula tidak senang duduk sejak Si Woo bekerja ditempat yang sama dengan suaminya. Dia risau jika Gi Jun tahu Si Woo adalah bekas kekasihnya.



Pelakon Forecasting Love And Weather

Song Kang

Park Min Young

Yoon Park 

Yura

Moon Tae Yoo

Lee Sung Wook

Kim Mi Kyung

Kwon Hae Hyo

/>

Post a Comment

0 Comments