REVIEW DAN SINOPSIS : ALADDIN 2019

REVIEW DAN SINOPSIS : ALADDIN 2019 Title: Aladdin

Director: Guy Ritchie

Cast: Will Smith Mena Massoud Naomi Scott Marwan Kenzari Navid Negahban Nasim Pedrad

Release Date:  2019-05-23 

Running Time:  128 min

Distributor:  Walt Disney Pictures

Rating dari Saya : 8/10



Ni satu lagi filem lama. Nak kata lama sangat tak jugak. Release bulan 5 tahun 2019. Tapi dah banyak kali juga anak-anak tengok filem Aladdin ni. Anak-anak saya siap hafal lagu nya. punya la banyak kali dah tengok sampai dah boleh hafal lagu2 dalam filem ni.

Filem ni ada dalam berbagai bahasa. Tak tahu la siapa pelakon2 Malaysia yang buat alih suara ni. Diaorang kata yang puteri Jasmine  tu Zulin Aziz, betul ke??

Tak payah la saya bagi sinopsis nya. Siapa je la yang tak tahu cemana jalan cerita Aladdin dan Jin Pelita ni..kan? Saya teruskan saja ke review Filem Aladdin 2019.



Mungkin ada yang tertanya-tanya, sesuai ke anak-anak tengok filem ni.Biasa la filem barat ni bukan  semuanya sesuai untuk tontonan anak-anak. kata je "U" tapi banyak sangat babak bercium sampai kita mak pak pun rimas ..


Dalam filem Aladdin ni ada 2 je babak cium mulut. di pertengah cerita dan dihujung cerita. Itu tugas mak ayah la nak cari cara macam mana supaya budak2 faham yang kita orang islam tak boleh buat gitu.

Tapi tu la, filem nya menggambar kan negeri macam arab tapi cemana boleh cium sebelum kawin ?? Tu pun tugas mak ayah untuk terang kan yang filem ni orang barat yang buat.Kalau orang arab buat mesti tak de babak cium2. Hhahaha..

Pelakon2 nya pun semuanya bukan islam pun.. Harap diaorang faham le yang ada cerita hanya untuk ditonton.Bukan untuk di teladani. 



Awal filem Aladdin ni keluar saya agak "mesti tak best".. terdetik juga dalam hati ni, "kenapa Aladdin..bukan best pun..".

Tapi salah ye tuan puan.Filem ni best dan menghiburkan. Mungkin awal2 masa Jin belum keluar lagi dia macam slow sikit la. Tapi tetap menarik, Tetap kelakar sebab nak-anak suka tengok Abu. Nasib baik ada Abu. 

Bila Jin dah keluar bukan main seronok lagu budak2 ni.. Kelakar sangat Jin ni. Mikhail sampai melompat gelak guling2 tengok Jin kelakar ni. Sampai terpaksa saya tahan Mikhail supaya jangan syok sangat sebab satgi Aladdin kena teruk. Menangis kot.. Haahaha.



Tapi 10 kali tengok, 10 kali la dia melompat. Budak2 memang senang terhibur ye.

Yang best tentang filem ni ialah dia punya meriah tu. Penuh warna warni.. Baju pun cantik-cantik, pemandangan cantik-cantik, pelakon dan penari2 nya pun cantik2. Dah nama pun filem muzikal..kan?? Mesti lah ada lagu dan tarian. Tapi tak membosan kan pun. Lagu pun best2 jugak. Kita yang mak-mak ni pun rasa macam budak2 pulak bila tengok filem ni. Tak rugi untuk di tonton.


/>

Post a Comment

0 Comments