RESEPI PAJERI TERUNG YANG PALING SEDAP DAN MUDAH

RESEPI PAJERI TERUNG YANG PALING SEDAP DAN MUDAHDah lama tak masak pajeri terung. Baru-baru ni ramai pulak jiran-jiran yang hantar terung kat rumah. Musim terung ke apa tak tahu la.hahhaha.. Seronok la kita dapat terung sebab saya ni memang suka makan terung. Lagi-lagi kalau dibuat pajeri.




Nak buat Pajeri Terung ni sebaiknya gunakan terung panjang. Boleh je nak guna terung bulat cuma tak cantik la.Hahha...Tapi rasa nya sama je la.Kalau tak de terung panjang guna je la terung bulat tu.

Terung ni pun macam-macam jenis jugak.Ada yang kaler hijau . Yang tu kurang sedap di buat pejeri.Selalunya terung hijau tu saya guna untuk buat ulam atau buat masak lemak cili padi.



Bila masak pajeri terung ni saya bukan makan dengan nasik pun.Saya suka ratah je.Jadi bila buat pajeri kena buat periuk besar sebab nak guna 3,4 biji terung.Mana cukup kalau setakat sebiji dua.

Mak saya pernah ajar buat pajeri dan awal2 tu saya rasa kenapa rumit sangat nak masak pajeri ni.??Macam susah je..Biasa lah orang tua kalau masak ikut step.Silap step mula la nak marah kita..hahah..

Bila dah berkahwian ni dapat pulak suami suka makan pajeri. Malas pulak nak ikut cara mak tu.Lambat sangat jadi kita buat cara kita je la.Lebih cepat, sedap dan mudah.

Ini resepi pajeri nenas cara saya.yang penting kena guna periuk besar sebab kalau guna yang kecik mercik-recik nanti habis la dapur.

Ok jom tengok resepi nya.

Bahan-Bahan membuat Resepi Pajeri terung yang sedap dan Mudah.


2 biji terung panjang di potong dua jangan putus.- Maknanya belah dua sampai tangkai dia je.Tujuan nya entah la..sebab mak ajar potong macam tu.hahaha

2 sudu besar rempah kari  ikan
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang\
2 kuntum bunga cengkih

5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia



1 sudu besar udang kering
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar merah.
2 biji  cili besar

1 cawan santan pekat+ setengah cawan air.
garam secukup rasa
1/2 senduk minyak masak

Cara-Caranya:

Kisar bawang merah, halia dan bawang putih.Kemudian panas kan minyak.

Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih dan udang kering. kemudian masuk kan bahan kisar.

Tumis hingga bahan garing. Kemudian masuk kan rempah ikan.Masak sampai rempah pecah minyakk.

Masuk kan kerisik, santan, gula, garam cili besar dan terung,.

Dengan api perlahan masak sampai kuah jadi pekat dan pecah minyak.hati-hati sebab bila dia mendidih kuah nya tu kana merecik.Sebab tu kena guna periuk besar sikit.

kalau suka kuah pekat boleh masak sampai pekat.Kalau suka sedikit cair tambahkan sikit2 air ikut selera dan citarasa korang.

Bila terung dah betul2 masak dan meresap kuah pajeri dalam terung tu boleh la angkat dan dihidangkan.

Gula merah tu boleh digantikan dengan gula pasir biasa.

selamat mencuba..:)

sekian..

Catat Ulasan

0 Ulasan