RESEPI LAKSAM RINGKAS DAN PALING SEDAP







RESEPI LAKSAM RINGKAS DAN PALING SEDAP | Assalamulaikum. Siapa suka makan laksam??kalau suka kita geng..lagi pedas lagi sedap..laksam ni tak sedap kalau tak letak cili dia..cili dia yang buat rasa dia tu mengaum ..heheheh...Selalunya laksam ni belah2 pantai timur memang ramai yang suka.Tapi sekarang ni orang utara macam ceq pun suka makan laksam..

Untuk resepi laksam kali ni saya buat simple je.Resepi saya ambik kat blog lelaki terakhir malaya ..hehhe..kat blog afzalsukasuki...tapi sukatan dan bahan makcik ubah sikit..ikut selera tekak makcik la..nak masam lebih pedas lebih..Terima kasih Afzal atas resepi yang best ni..
jom kita tengok resepi laksam

Bahan-bahan untuk laksam

5 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan Air suam.
2 cawan air sejuk




Campurkan semua bahan.Bancuh sampai pekat.bukan jadi doh ye.tapi jadi cecair yang pekat.ala2 macam buat kuih ketayap tu. masuk kan dalam jug supaya nanti nak tuang senang.

Sementara tu panaskan pengukus.Ambil tudung periuk atau benda yang leper, sapu minyak sikit.lepas tu letak dalam pengukus.

Tuang adunan tepung perlahan2 .tuang dalam sesenduk je.lepas tu tutup pengukus dalam 10 minit , bila dia dah mengelembung, angkat dan ketepikan bagi sejuk.bila dah sejuk cungkil sikit tepi dia dengan garfu dan tolak perlahan2 supaya dia bergulung.

ulang sampai adunan tepung tadi habis.





Bahan-bahan untuk kuah laksam
1 kg ikan selayang - rebus dan ambil isinya saja..
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 sudu kecil serbuk lada hitam
5-6 keping asam keping
10 biji bawang besar - dikisar
garam secukup rasa.



Campur kan semua bahan-bahan di dalam periuk.masak dengan api perlahan.masak hingga mendidih..




jangan pelik tengok taugeh berdaun tu ye..tu yang makcik suka..


Bahan untuk sambal Laksam
10-20 biji Cili padi
1 inci Belacan
3 sudu besar perahan limau nipis.

Tumbuk cili padi bersama belacan kemudian masuk kan air limua nipis.

Ulaman
Kacang panjang -hiris halus2..
taugeh
yang lain tak de sebab pi kedai semua barang takde..kecewa betul..eheheh

Bila nak makan letak la laksam, bahan ulam , lepas tu baru letak kuah..sedap oi..nanti cuba la ye..Simple je tapi sedap sangat..

Resepi Kuah Laksam Paling sedap

/>

Catat Ulasan

0 Ulasan