RESEPI APAM COKLAT KUKUS PALING SEDAP DAN MESTI JADI

RESEPI APAM COKLAT KUKUS PALING SEDAP DAN MESTI JADI | Nampak comel-comel la apam coklat yang kakak saya buat ni. Geram sangat comel nya tu.  Biasanya apam atau makanan kukus-kukus ni memang kakak saya la yang rajin buat. Korang boleh follow kakak saya kat Ig dia. Banyak gambar makanan sedap-sedap yang dia share. 



Untung kakak saya ni sebab anak-anak dia jenis kaki makan. Masak je apa pun mesti habis. Tambah bila ada anak saudara saya yang lain pun balik bercuti kat kampung lagi seronok la memasak.

Kalau anak- anak saya jenuh nak paksa makan. Kalau diaorang makan pun tak banyak. satu dua biji dah cukup. Jadi nak masak banyak-banyak tu macam membazir je. So ibu diaorang ni memilih untuk beli je la. Hahah.. Tapi anak-anak saya suka kalau makan ramai-ramai. Berebut-rebut tu jadi seronok agaknya.



Apam coklat mini  ni resepinya kakak saya ambil di Instagram Resepi Sedap Sangat. Bahan-bahannya pun mudah saja. kat Ig memang banyak resepi best2-. Kalau nak cari resepi dari negara lain pun banyak juga di Ig tu.

Resepi Apam Coklat paling mudah

Ok..Jom kita terus ke resepi dan cara membuat Mini Apam Coklat Kukus yang sedap dan mudah comfirm menjadi.

Bahan-Bahan: 

1 cawan gula pasir

3 biji telur

1 sudu kecil esen vanila

1 1/2 cawan tepung gandum

3/4 cawan serbuk coklat

1/2 cawan susu pekat

1 cawan susu cair

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil soda bikarbonat

3/4 cawan minyak masak


Cara-Caranya :

Ayak tepung gandum bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk coklat. 



Masuk kan semua bahan ke dalam pengidar dan kisar hingga semuanya sebati dan tepung tak berketul.

Panaskan pengukus.



Susun cup didalam acuan kuih lompang . Kemudian tuang adunan tadi separuh cup. bila pengukus dah panas, kukus selama 7 minit dengan api besar.



Bila dah masak keluarkan dari pengukus dan siap untuk di hidangkan.. Ulang proses ni sampai adunan habis di kukus.


Bila dah sejuk boleh la hidang kan. boleh juga sebelum kuku tu tabur dulu coklat rice atau coklat chip. Nanti bila makan terasa pahit-pahit coklat tu. 

selamat mencuba

/>

Catat Ulasan

0 Ulasan