HUKUM MENGUAP KETIKA SOLAT

HUKUM MENGUAP KETIKA SOLAT | Assalamualaikum.. Ada orang yang tiap kali solat mesti menguap. Ianya jadi macam tabiat. Start solat je sampai habis solat entah berapa kali menguap. Sah ke solatnya kalau menguap ketika solat? Menguap ketika solat hukumnya makruh. Jadi apa yang perlu dibuat jika menguap ketika solat?



Rasulullah SAW bersabda:

“Menguap ketika solat itu dari syaitan. Kerana itu bila kalian ingin menguap maka tahanlah seboleh mungkin”. (HR Thabrani).

Dalam riwayat lain Rasulullah SAW bersabda:

“Adapun menguap itu datangnya dari syaitan, maka hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ha… bererti syaitan tertawa dalam mulutnya”. (HR Bukhari dan Muslim)

Bila menguap ketika kita sedang membaca Al-fatihah dalam solat kita kena ulang semula bacaan Al- fatihah tu. Kalau kita tak ulang semula tak sah la solat kita tu.

Boleh jugak kalau kita ulang semula ayat dimana kita terganggu dengan menguap tadi. Wajib betulkan bacaan kita sebab bila menguap angin yang keluar dari mulut kita mungkin dah mengubah sebutan huruf dan bacaan alFatihah kita .

Sama jugak kalau kita sedang angkat takbir tiba-tiba menguap, kita kena angkat takbir sekali lagi.

Tapi jangan la sampai menguap ternganga mulut. Tahan la sikit mulut tu dari terbuka. Jaga adab kita ketika solat. Jika tak boleh tahan dari terbuka mulut , tutup lah mulut dengan tangan kerana menguap sambil mulut terbuka ni akan buat syaitan masuk ke mulut kita.

Catat Ulasan

0 Ulasan