HINA GOLONGAN B40 PROFESSOR UITM ANGGAP GOLONGAN B40 TIDAK PENTINGKAN PELAJARAN

HINA GOLONGAN B40 PROFESSOR UITM ANGGAP GOLONGAN B40 TIDAK PENTINGKAN PELAJARAN | Komputer dan laptop sudah menjadi keperluan bagi pelajar-pelajar di zaman sekarang. Walaupun kita mempunyai smartphone namun penggunaan komputer dan laptop tetap diperlukan agar pembelajaran menjadi lancar. Laptop dan komputer seharusnya tetap diberi keutamaan bagi pelajar-pelajar.



Namun tidak semua orang mampu menyediakan laptop dan komputer walaupun harganya serendah rm800. 

Seorang professor dari UITM Sri Iskandar, Perak menjadi tular gara-gara video nya yang memarahi seorang pelajar kerana tidak mempunyai komputer. Pelajar tersebut yang hanya mengikuti kelas online menggunakan smartphone ditanya sama ada pelajar tersebut mempunyai adik beradik.

Professor tersebut juga menyarankan agar kakak kepada pelajar tersebut menjual barang kemas nya dan membeli komputer. Leteren professor tersebut berlanjutan hingga dia terus mengeluarkan kenyatan bahawa dia tidak betah dengan golongan B40 kerana golongan ini dikatakan tidak mementingkan pelajaran.

dengan nada sombong beliau juga meminta pelajar tersebut menutup kamera smartphone nya dan dia tidak mahu melihatnya lagi.

Video yang viral sejak semalam menjadi video paling banyak ditonton dalam masa tidak sampai 24 jam. Sehingga kini video tersebut sudah ditonton lebih sejuta tontonan.



"Tak semua orang lahir dalam keadaan yg terus senang. Bila ada sorang prof dari uitm perak kampus seri iskandar cakap mcm ni dekat kami ex-stud, kami semua masih rasa terhina dan terkesan dari setiap kata kata dia. Korang nilai lah sendiri... #kpt #uitm pic.twitter.com/Cd3tXEnjMC— bal (@toraokun__) March 29, 2022"

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan kata-kata yang dilontarkan professor tersebut dan menyifatkan ianya sebagai menghina golongan B40. Walaupun ada juga netizen yang mengatakan pelajar tersebut sepatutnya sudah mempunyai komputer atau laptop memandangkan dia berada di semester ke 5, namun rata-rata tidak bersetuju dengan kata-kata penghinaan dari professor tersebut.


"This is so sad, why the need to humiliate the student? If the professor is rich (since she hates poor students), why is she not buying a computer for him?" - @CeddyOrNot


"Bukan uitm tu tempat pelajar bumiputera b40 ke kebanyakkannya? Dah kau benci mengajar budak2 b40, kenapa masih kerja dekat situ? Cuba apply private college/uni tengok ada tak orang nak hire kau." - @toraokun

"I pernah masuk 1 sem kelas dia. Maki hamun tu dah jadi darah daging dia, kita masuk kelas dia kena la tabahkan hati. Kawan I sampai repeat sem depan sebabkan masuk kelas 2 minit lambat sebab line tak elok. Kalau jawab salah kena maki, tak jawan kena maki. Ingatkan dah pencen.." - @aisoo0

Pengguna twitter juga turut mewujudkan satu undian agar professor tersebut ditamatkan kontraknya dan dihentikan dari bertugas.  




Laman twitter Rasmi Mahasiswa Keadilan Malaysia turun mengcam tindakan biadab professor tersebut dan dalam satu posting di twitter  mereka meminta agar profesor tersebut harus dikenakan tindakan bagi memberi pengajaran  kepada ahli akdemik mahupun sesiapa sahaja dalam menghayati erti kemanusian,


Tindakan profesor tersebut dianggap sebagai tidak beretika dan tidak profeional.






/>

Catat Ulasan

0 Ulasan