CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH UNTUK HILANGKAN BATUK DAN SELSEMA

CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH UNTUK HILANGKAN BATUK DAN SELSEMA  | Kita sekarang berada di musim buah- buahan. Kat mana-mana pun ada je orang jual buah rambutan, manggis, cempedak, durian , langsat dan macam² lagi.



Masa balik kampung hari tu nampak tepi jalan banyak nya kedai2 buah. Nak beli risau pulak nanti makan terus batuk.

Tapi kalau dah rezeki tu, kita ngelak pun ada je untuk kita.. kan?

Tiba² je jiran datang semalam hantar buah durian ,manggis dan rambutan. Jiran saya ni balik kelantan masa raya hari tu. Dapat lah kami merasa sikit hasil dari kampung dia. 

Seronok bukan main la si Mikhail sebab dapat makan buah kegemaran dia.

Semalam makan manggis dengan rambutan banyak sangat. Dia memang suka la rambutan dengan manggis tu


Pagi ni nampak durian , nak durian pulak. Bagi seulas je. Takut batuk makin teruk nanti

Budak ni malam tadi batuk berapa kali entah. Sapu minyak bawang putih baru tido nyenyak sikit.

Minyak bawang putih home made

Saya buat sendiri  minyak bawang putih ni. Cara nak membuatnya senang saja.

1.Bakar bawang putih dan lenyek2 dalam minyak masak.

2.  Lepas tu masuk kan dalam botol.

3. Saya letakkan sikit helba dan lada hitam supaya bau tak busuk sangat sebab minyak bawang putih ni lama² jadi busuk. 




Saya buat pun sikit saja.

Sebenarnya boleh jugak gantikan bawang putih dengan daun bidara. Daun bidara di hiris halus dan jemur sekejap. kemudian masuk kan dalam minyak. Sesuai untuk digunakan bila batuk dan selema. untuk yang ada asma dan lelah pun boleh guna. letak kan juga sedikit helba dan lada hitam.

Bila letak helba dan lada hitam ni dalam minyak bawang putih atau minyak bidara, bau minyak makin lama makin sedap. Tapi lada hitam tu jangan letak banyak sangat. Cukup 2,3 biji je. Nanti panas sangat tak sesuai nak sapu pada budak.

Tapi kalau malas nak buat minyak bawang putih ni beli je la minyak telon. Banyak minyak telon yang bagus-bagus sekarang ni.

/>

Catat Ulasan

0 Ulasan