BAGAIMANA CARA PALING MUDAH MEMBUAT WANITA HAPPY DALAM HUBUNGAN CINTA DAN RUMAHTANGGA

BAGAIMANA CARA PALING MUDAH MEMBUAT WANITA HAPPY DALAM HUBUNGAN CINTA DAN RUMAHTANGGA | Hi semua.. Hari ni saya nak cerita sikit tentang membuat wanita happy atau gembira dalam perhubungan. Orang perempuan ni susah untuk di duga. Kita yang perempuan ni pun kadang-kadang tak boleh faham dengan perempiuan yang lain.
Sebab tu kerap la kita nampak orang perempuan sama-sama perempuan pun boleh bergaduh kalau dibiarkan dalam 1 rumah atau 1 bilik.




Apa tah lagi kalau berlainan jantina ni. Ada saja yang tak kena dan perkara-perkara yang tak menggembirakan kaum wanita.





Bagaimana cara nya untuk buat wanita happy?

1. Sama macam lelaki, perempuan juga suka dan seronok bila bersama dengan lelaki yang yakin dengan dirinya sendiri. Tapi tak bermakna lelaki tu kena sentiasa yakin. kadang-kadang kelemahan lelaki juga dilihat sesuatu yang sangat comel bagi wanita.

Kelemahan tu juga akan buat wanita rasa dia adalah pelengkap kepada lelaki tersebut. So lelaki tak perlu tunjuk kuat dan berani setiap masa. Wanita tak selesa dengan lelaki yang macam tu.

2. Jangan terlalu serius. Bukan semua benda perlu diambil serius. Ada perkara yang hanya perlu singgah di fikiran kita dan kita lepas kan macam tu saja.


3. Jangan buat janji palsu. Wanita ni dia paling ingat apa yang lelaki janjikan pada dia. Kalau tak boleh buat jangan berjanji. Wanita ok je kalau lelaki tak janjikan bulan bintang. Buat apa yang dirasakan terdaya cukup lah.

Jangan wal-awal dah janji bulan bintang. Bila dah berjanji, wanita ni dia akan tagih janji tersebut. Lepas tu bila tak mampu buat, wanita juga yang di cop mata duitan lah, banyak karenah la, tak cukup2 la..dan macam-macam lagi..padahal lelaki yang awal2 dah janji macam2.



4. walaupun ada perkara yang wanita tak suka diambil serius tapi , jangan tak tahu yang ada banyak perkara kecil dianggap penting bagi wanita,

Contohnya tentang hari2 yang istimewa: hari jadi, hari ulangtahun perkahwinan, hari pertama kali berkenalan, hari hadi anak, hari pertama masuk rumah baru..macam-macam hari la..

Wanita juga suka bila gambar nya ada dalam telefon bimbit lelaki yang dia sayang. Atau pun gambarnya ada dalam wallet lelaki tu.

Wanita juga suka lelaki yang banyak bertanya kan keadaan dirinya. sihat ke tidak, dah makan ke belum...gitu..

Tak besar pun permintaan2 wanita ni.



5. Mengakui kesalahan sendiri. Yang ni penting sangat, Orang lelaki tak payah melutut merayu minta maaf pada wanita. Wanita tak heran pun setakat maaf tu. cukup sekadar ucapan ringkas " maaf, saya tak sengaja buat macam tu.." cukup!! itu sahaja..

Kalau maaf berbuih2 dimulut , merayu menangis bagai tapi esok lusa buat salah lagi, itu lebih menyakitkan hati wanita .

Selalunya saya tak kan bagi peluang ke dua untuk lelaki yang melutut dan merayu. Memalukan!

Jangan terlalu banyak beralasan bila dah buat salah. Salah tetap salah, awak tak boleh tutup kesalahan awak dengan bagi macam-macam alasan. Bagi wanita bila awak buat alasan macam-macam untuk salah yang awak buat, itu bermakna akan datang awak akan buat salah tu lagi dan dengan alasan yang sama atau berbeza.




6. Jaga penampilan diri. Bukan bermakna lelaki perlu pakai pakaian yang mahal dan berjenama. Cukup lah kalau ianya bersih dan sopan. Ketahui pakaian yang macam mana wanita tu suka.

Kalau saya, saya tak suka lelaki yang berseluar pendek dan pakai baju tanpa lengan.Geli!

Mungkin wanita yang korang sayang, suka lelaki yang berjanggut dan berambut panjang. Jangan risau untuk tanya pendapat wanita tu tetang penampilan korang.

Wanita akan gembira bila lelaki tu terima pendapat dia. Dia akan rasa kehidupan lelaki tu dah jadi sebahagian dari dirinya.




7. Dalam hubungan cinta dan rumahtangga ni bukan ada masa bahagia dan seronok je. Tapi ada juga tiba masa duka. Dalam keadaan ini wanita sukar kawal perasaan dia. Jadi sebagai lelaki awak tak perlu jadi wanita kedua yang tak reti kawal perasaan.

Lelaki kena bijak kawal situasi. Sebab tu penting untuk lelaki kenal pasti sikap wanita tu. Masa ni lah awak akan tahu nak buat apa bila wanita marah atau sedih. Dengan kebijaksanaan awak tu, tak sampai 5 minit wanita tu dah boleh tersenyum kembali.

8. jadi lah pendengar yang baik. Tak dapat selesaikan masalah pun tak pe, Dengan adanya awak disisi wanita kesayangan awak, cukup untuk buat dia gembira dan bahagia.

9. Wanita mahu sentiasa dilindungi. Leakijangan mengharapkan wanita tu sentiasa kuat dan boleh buat apa saja tanpa lelaki.

Pertolongan dan bantuan lelaki lebih membuatkan dia gembira walaupun untuk perkara-perkara kecil. Ianya tanda yang dirinya disayangai , dicintai, dilindungi dan dihargai.

10. Kejutan. wanita suka kan kejutan. Tak perlu selalu sebab bila selalu sangat dia dah tak rasa kejutan tu sesuatu yang istimewa.. kejutan pada masa-masa yang tidak disangka akan buat wanita gembira.

Catat Ulasan

0 Ulasan