5 TEMPAT MENARIK DI ITALY YANG PALING KERAP DIKUNJUNGI PELANCONG

5 TEMPAT MENARIK DI ITALY YANG PALING KERAP DIKUNJUNGI PELANCONG | Itali adalah salah satu negara yang terletak di benua Eropah dan ia juga merupakan negara yang menerima ramai pelancong-pelancong yang hadir bagi menikmati keunikan landskap semulajadinya, seni budaya, makanan yang lazat dan banyak lagi faktor-faktor yang menarik. Kalau korang bercadang untuk ke Itali, saya senaraikan beberapa tempat yang wajib korang pergi bagi memastikan satisfaction level korang sepanjang bercuti ke Itali di tahap yang maksima. Haa.



Perjalanan dari Malaysia untuk ke Italy selalunya bakal mengambil masa selama hampir 20 jam. Jadi apa yang korang perlu fikirkan ialah keselesaan korang di sepanjang perjalanan. Kita tak akan selesa kalau terkena lenguh pinggang dan sakit badan sepanjang berada dalam flight. So suggestion saya sila lah pilih airline yang dapat menjaga keselesaan sepanjang flight.

Oleh itu, boleh try survey flight ticket ke Itali di Traveloka. Banyak airline yang disediakan. Adalah lebih baik dapatkan Emirates flight booking sebab Emirates ni rating dari segi kualiti servis agak tinggi. Plus makanan dalam flight pun sedap-sedap dan insyallah tak akan boring sepanjang dalam flight. The good things about Traveloka, banyak dah cover untuk banyak destinasi pelancongan yang top-top. Even kalau nak ke Hong Kong, boleh je survey flight to Hong Kong dan bandingkan sendiri harga-harga airline yang ada kat situ. 

So apa yang kita tunggu lagi. Saya dah share sikit tips pasal flight ticket, now we go on dengan top sight yang korang boleh pergi di Itali. Let’s go

Naples



Pada yang sukakan kesibukan sesuatu kota, ini lah tempatnya. Bandar yang dikatakan paling sibuk di Itali. Kiranya dia macam Kuala Lumpur la kalau kat Malaysia. Cuma nya kat Naples ni lebih unik sikit sebab dia penuh dengan khazanah-khazanah bersejarah dan seni budaya Itali. Kalau nak jalan-jalan dan mencari sesuatu yang unik, boleh la menginap di Naples ni. Sebab kat sini boleh try sekali makanan yang menjadi simbol Itali iaitu pizza dan spaghetti. 

Pompeii


Pernah tengok tak movie Pompeii? Kalau tak pernah tengok, wajib tengok. Inilah salah satu tarikan yang ada kat Itali dimana satu bandar yang telah tertanam dek kerana letusan gunung berapi yang berlaku sejak 1500 tahun dahulu. Ni cerita benar tau. So disebabkan kejadian tu, bandar Pompeii ni sekarang dijadikan tempat bersejarah. Kalau datang ke sini, kita boleh la tengok gaya hidup orang Roman pada suatu ketika dulu. Tempat ni kira macam tempat purba la gitu. Paling menariknya, walaupun telah digali sejak 300 tahun dahulu, sehingga kini, ia masih belum selesai ke hari ni. Pompeii ni berdekatan dengan bandar Naples. So senang nak pergi kalau menginap di sekitar Naples.

Venice



Mesti ramai yang dah pernah dengar tempat ni. Sebuah bandar yang paling unik yang di bina di kawasan lagun. Boleh dikatakan salah satu pengangkutan utama bagi tempat ini ialah menggunakan bot atau sampan. Venice ni jugak banyak menjadi lokasi penggambaran filem-filem Hollywood. Kalu sampai ke sini jangan lupa sewa sampan untuk lalu di Grand Canal dimana satu terusan yang memisahkan sebuah bandar kepada 2 bahagian. Walaupun Venice ni selalu sesak dengan pengunjung, ia tetap sesuai kalau sesiapa yang teringin nak honeymoon kat sini. View dia sangat cantik. Confirm sekali sampai, nak pergi lagi.


Cinque Terre




Juga merupakan salah satu lokasi yang sering diambil sebagai lokasi penggambaran bagi filem-filem luar negara. Dari genre action sampai la ke genre romantik. Sebab apa? Sebab view dia yang sangat cantik. Cinque Terre membawa maksud kepada ‘Lima Tanah’ dimana terdapat lima kampung yang terbina di sepanjang persisiran pantai dan tebing-tebing curam. Iaitu Riomanggiore, Manarola, Vernazza, Monterosso dan Corniglia. 

Dengan menggunakan ciri-ciri landskap yang unik, perkampungan ini menggayakan lagi kawasan mereka dengan mengecat warna rumah dengan warna-warna yang ceria. Pelancong yang datang amat tertarik dengan laluan yang ada sejak bertahun lama dahulu sebagai jalan untuk mereka meneroka di sekitar kawasan ini.


Rome




Rome merupakan bandar yang menyimpan kebanyakan sejarah yang berlaku di Itali dan pada masa kini ia mampu mengekalkan khazanah bersejarah itu seiring dengan konsep moden pada hari ini. Yang dahulunya terkenal dengan Empayar Rom, kini ia dikenali dengan ibu negara bagi Itali. Kita dapat lihat struktur senibina pada Empayar Rom dahulu masih lagi dikekalkan dan menjadi tumpuan utama pengunjung untuk ke Itali pada setiap tahun. Even professional photographer pun banyak menghabiskan masa di Rom bagi mendapatkan gambar dari setiap sudut Rom yang menyimpan pelbagai ciri dari zaman purba.


Itu lah dia 5 tempat wajib yang saya rasa korang patut datang kalau Itali menjadi salah satu destinasi yang korang idam-idamkan. Jangan lupa snap picture banyak-banyak dan pastikan anda bawak semua alat penting untuk mengecas batteri camera dan phone. Saya yakin memori korang akan full sepanjang berada kat Italy. Setakat ni sahaja entry saya kali ini. Nanti ada masa saya sambung lagi tempat lain. Jumpa lagi. Bye gais


Catat Ulasan

0 Ulasan