REVIEW DAN SINOPSIS : A THURSDAY

A THURSDAY - HINDI 2020 ( DISNEY HOTSTAR) | Rating 8/10 : Dah lama tak tengok filem hindi. Ni ada jumpa satu filem hindi best. Aku minat juga filem² lakonan Yami ni. Salah satunya Bhoot Police yang aku pernah review sebelum ni. 




Ni filem thriller yang aku rasa korang wajib tonton kalau korang ada langgan Disney Hotstar. Lagi² kalau korang peminat filem thriller.

Selepas 5 minit awal filem dah rasa debaran tu. Tak de nak tunggu² meleret2. Awal² dah buat kita tertanya² apa puncanya, untuk siapa dia buat semua ni, apa akan jadi pada dia dan siapa sebenarnya dia.

Kalau boleh macam nak letak rating 10 je. Tapi ada part yang agak tak puas hati masa adegan flash back tu. Macam terlalu singkat. Tak best yang tu je la. Dalam 10 minit je.

Kalau korang biasa tonton filem tamil atau hindi, adegan flashback biasanya dalam 30 minit. Kan? Tapi ni macam sekejap je . Tapi memang main emosi kita jugak la adegan tu.

Sinopsis


A Thursday mengisahkan Naina, seorang guru yang sangat disayangi kanak-kanak. Dia juga sangat mesra dengan ibu bapa dan pekerja lain disitu.



Hari itu seperti dirancang Naina menghubungi polis dan memberitahu dia sudah menjadikan 16 kanak-kanak sebagai tebusan dan dia juga membuat beberapa tuntutan pada pihak polis.

Tindakan Naina mengejutkan ramai terutamanya rakan-rakan termasuk tunangnya sendiri.

Naina mengugut jika tuntutan nya tidak dipenuhi dia akan membunuh seorang kanak-kanak setiap 1 jam.

Apa yang membuatkan naina bertindak berani seperti itu? 



Pelakon

Yami Gautam

Neha Dhupia

Maya Sarao

Atul Kulkarni

Karanvir Sharma

Dimple Kapadia

Adi Irani

Catat Ulasan

0 Ulasan