RESEPI TAUHU AYAM YANG GARING DAN SEDAP UNTUK DIET RENDAH KARBO

RESEPI TAUHU AYAM UNTUK DIETDah lama tak bercerita pasal menu diet. Walaupun saya dah lama tak buat diet keras tapi kadang-kadang sukat juga apa yang dimakan. Bila balik kampung je lupa diri. Tak de sukat-sukat. Bedal je semua. Saya ni cuma malas bersenam saja..

Tapi bila dah berumur ni badan memang sejenis yang cepat naik. Nak salah kan keturunan boleh tak?? Hhaha.. Sememang nya ahli keluarga saya boleh dikatakan mudah gemuk. Bila dah tua2 umur 60 keatas tu la baru ada darah tinggi atau kencing manis. Waktu muda memang tak de sakit apa



RESEPI TAUHU AYAM YANG GARING DAN SEDAP UNTUK DIET RENDAH KARBO


Resepi Tauhu ayam yang saya buat ni dah banyak kali saya buat kalau datang malas nak makan nasi. Nasi sebenarnya bukan makanan kegemaran saya. Saya lebih mudah tergoda dengan mee,pasta atau bihun. Tapi nak masak semua tu ambik masa. Jadi Tauhu ayam boleh la menjadi pengganti. Tapi Tauhu ayam ni lebih menyihatkan dan tak tinggi karbo. angat seuai untuk yang nak makan masa diet.


Kalau untuk sorang makan saya guna 1 biji tauhu lembut saja. Ni pun dah cukup untuk di masak 2-3 kali. Bagi yang berminat nak cuba menu rendah karbo untuk diet menu ini boleh dijadikan salah satu hidngan setiap minggu.


Resepi Tauhu Ayam Garing dan Sedap

Bahan-Bahan

1 keping Tauhu lembut

2 ketul isi ayam saiz sederhana

¼ bawang besar

Sedikit daun sup

Sebiji Telur

Sedkit garam

1 biji cili 

Minyak untuk menggoreng. 

*Bagi mereka yang amalkan diet rendah karbo dan tinggi protein , jangan takut untuk mengambil minyak dalam hidangan.


Cara Penyedian:


Hancur kan tauhu. 

Hiris semua bahan dan masuk kan bersama tauhu. 

Masuk kan sedikit garam dan pecahkan sebiji telur.

Kacau sebati.

Panaskan minyak. Perlahan kan api.

Masuk kan bancuhan taauhu tadi ke dalam kuali yang dah panas.

Gunakan sudu. 

Masak hingga garing.

Saya lebih suka dileperkan adunan tu dalam kuali. Lebih garing dan sedap. Bila Tauhu dah garing dan bertukar perang boleh la angkat dan hidangkan. Makan bersama mayonis. Selamat mencuba .

/>

Post a Comment

1 Comments