FLAT SHOES YANG CANTIK DAN HARGA BERPATUTAN DI SHOPEE

FLAT SHOES YANG CANTIK DAN HARGA BERPATUTAN DI SHOPEE. | Sejak semua orang dah boleh keluar dan merentas negeri ni, banyak pulak majlis kahwin di mana-mana. Tapi masalah pula nak pergi sebab kasut tak ada. Dah lama sangat tak keluar rumah dan berjalan pergi kenduri, baru sedar rupanya kasut lama dan buruk dimakan panas. Kaki pun dah bertukar saiz seiring dengan bertukarnya saiz baju.





Jadi kita mulakan misi mencari kasut untuk pergi kenduri. Rupanya susah betul nak dapat kasut yang bertutup penuh , yang sesuai untuk dibawa ke majlis2. 

2 Tahun berjalan dengan sneakers, dah rasa cukup selesa sebab keluar pun setakat ke mall atau pasar besar. 

Memang tak ada local seller yang menjual kasut bertutup penuh. Yang banyak , sneakers je.

Jadi terpaksa lah memilih juga kasut yang ada saja untuk dibeli. Saya jumpa satu kedai Shopee ni yang menjual kasut sangat cantik dengan review yang baik. Rating kedainya juga bagus dan harga yang berpatutan.

Jovanni Comfort Casual Flat Shoes

Harga nya cuma rm39.00Kasut ni tak bertutup penuh. Masih nampak sedikit bahagian atas kaki tapi agak sesuai kalau kita pakai dengan baju kurung dan Palazzo sebab boleh menutup bahagian atas kaki yang sedikit terdedah. Lebih sesuai kalau dipakai dengan sarung kaki nipis. 


Kebanyakan kasut jenis flat shoes jenis ni kena pilih dengan berhati-hati dan saiz yang tepat. Kalau tidak mungkin pemakai tidak rasa selesa dan rasa seakan-akan kasut nak tercabut. Tapi kasut yang saya beli ni sangat selesa, tapak yang lembut dan bahagian dalam nya tak panas




Saya sangat suka dengan warna dan butiran corak bahagian depan kasut.Tak la nampak kosong macam kasut nurse. Tapak getah nya juga selesa dipakai atas permukaan licin. Jadi bila nak jalan pun tak payah takut2 tergelincir. 

Jahitan bahagian tepi sangat kemas.Seller juga ada chat dengan saya dan mengakui kualiti kasut ni sangat baik.

So saya pun tak fikir panjang terus order kasut ni. Boleh la pakai kalau nak keluar sekejap-sekejap. Nak pakai ke majlis kenduri pun boleh, tapi kena pakai sarung kaki la. kaki saya tak berapa cantik untuk didedahkan. Banyak sangat urat melingkar sebab tu kena pakai kasut bertutup penuh atau pakai sarung kaki.

Apa pun,misi mencari kasut bertutup penuh masih diteruskan.





kalau korang berminat kasut macam ni boleh ke kedai shopee ini. : https://shopee.com.my/product/147746679/2437176581?smtt=0.33406518-1637565637.9

Post a Comment

0 Comments