YANG AKU TAKUTI




Aku sedar sejak zaman aku remaja aku seorang yang tak pernah fikir tentang hantu. Perasaan takut pada hantu seakan tak wujud. Bukan tak percaya dengan ada nya makhluk halus tapi aku tak memikirkan nya pun.

Apa yang aku takut waktu tu ialah binatang berbisa. Aku takut dengan ular tikus, katak, serangga. 🤣

Menginjak usia semakin dewasa, matang dan lebih tahu berfikir, aku mula takut akan kehilangan. Mungkin waktu ini aku semakin menghargai orang sekeliling aku. Jadi perasaan takut kehilangan tu semakin kuat dirasai.

Aku pernah merasa takut akan kematian. Aku tak tahu siapa akan jaga anak-anak aku. Selama ni pun aku memang tak yakin suami boleh jaga anak-anak. 

Boleh ke dia masak kan makanan kegemaran anak-anak setiap hari.

Kalau anak ada masalah pelajaran boleh ke dia ajar?

Dia boleh ke perhatikan anak setiap masa macam aku buat?

Perkara² macam tu lah yang selalu aku takutkan kalau aku mati..

Aku tahu ketakutan yang aku hadapi ni bukan sesuatu yang baik. Mengganggu mental aku. Macam sekarang jam 4:14 pagi aku masih belum tidur sebab tadi aku terfikir perkara yang aku tak patut fikir.

Dah tak boleh tidur pulak.😉😉

Post a Comment

1 Comments

  1. Dengan apa yang jadi sekarang dalam dunia pandemik, saya pun takut akan pergi dan kehilangan T_T

    ReplyDelete