UBAT KUTU PALING BERKESAN - SEKALI PAKAI KUTU HILANG




Sepanjang saya bela kucing  tak pernah ada masalah kutu kucing tapi baru-baru ni kawan suami ada berikan seekor kucing.Comel ngat-ngat aih.. tapi kutu bukan main banyak lagi.Selak je , dah bersusun kat kulit dia. Mesti tak pernah kena sental dengan ubat kutu kucing lagi nih.. Kucing ni kalau kita tengok dia kerap sangat bergaru tu maknanya memang ada kutu la...

Disebabkan dia buat muka comel terus saya setuju je nak bela Gwiyomi. .. Nama dia Gwiyomi tau. Muka comel tapi banyak kutu memang tak berapa nak Gwiyomi la..kan??hahah




Kat rumah saya tak de ubat kutu kucing jadi terpaksa la kuarantin dulu si Gwiyomi . Saya ada bela kucing sekor lagi nama Jonjea.

Jonjea tak de kutu sebab tu terpaksa kuarantin Gwiyomi.Tak mau nanti kutu melompat kat Jonjea pulak. Jonjea ni walaupun suka merayau tapi dia memang tak de kutu.

Mungkin sebab sikap sombong dia buat dia tak bergaul dengan kucing jalanan lain.jadi memang tak de la kutu

Ubat Kutu Kucing paling Berkesan.


Saya pergi satu kedai pets ni.Penjual tu suruh saya gunakan ubat kutu Kucing paling berkesan. Katanya ini ubat kutu paling bagus sekali dan tak bahayakan kucing.. Nama ubat kutu kucing  ni :  Petpal  -  Clear & Control  . kata penjual ubat kutu ni , kalau sapu ubat kutu ni, kucing jilat pun tak de masalah.

Tapi ada kawan saya guna ubat kutu ni untuk kucing dia , Kucing dia jilat terus berjejeh air liur kucing dia keluar..tapi tak lama..kejap je..Mungkin sebab dia rasa kebas mulut..




Ubat kutu kucing jenis semburan ni senang sangat nak guna dan jimat.

Mula-mula saya tengok belakang botol ni dia tulis untuk kucing yang berumur lebih dari  10 minggu. Tapi penjual tu kata ubat kutu Petpal  -  Clear & Control   boleh guna untuk kucing yang usia kurang dari tu.Cuma kurang kan kuantiti nya.

Disebab kan saya risau kalau dia jilat jugak memandangkan kucing saya ni masih kecil jadi saya guna satu cara untuk buat dia tak jilat.Baca sampai habis untuk tahu caranya.

Untuk gunakan  ubat kutu kucing ni saya mandikan dulu Gwiyomi macam biasa pada waktu pagi nya. Mandikan dengan syampoo kucing kemudian biar dia keringkan bulu dia tu..

Bila dah petang  baru saya semburkan ubat kutu ni.Cara-cara nak gunakan ubat kutu kucing ni  pun senang je.

Mula-mula ambil tuala kecil letak atas kepala kucing. Ini supaya bila kita sembur tak la ubat kutu ni kena kepala dia..

Sembur sekali je pada bahagian badan nya sampai ekor.Jangan sembur dekat2..saya cuma lalukan sekali je.. .

Kemudian usap dari bahagian leher dia sampai ke ekor.buat yang sama kat bahagian perut dia.jangan bagi kena bahagian muka.

Oleh sebab saya risau kalau dia jilat, lepas sembur je ubat kutu ni saya balut badan  dan tangan dia dengan tuala kecik.jadi tak la dia sibuk nak jilat..kan?? Lepas balut saya peluk je dia dalam sejam  kot..supaya ubat kutu tu kering sendiri kat bulu dia..bila kering dia akan selesa..

Lepas tu masuk kan dia dalam sangkar..Kuarantin lagi 24 jam. Esok nya terus mandikan dia sekali lagi dan bersihkan bahagian telinga dia.Kadang2 ada kutu yang sembunyi dalam telinga kucing.bahaya tu..




Terkejut sangat lepas mandi kan dia, keringkan bulu dia memang tak de seekor kutu pun kat badan dia...Akhirnya Gwiyomi bebas kutu dengan sekali guna je ubat kutu  ni. hebat nya ubat kutu Petpal  -  Clear & Control  .sekali pakai kutu kucing dah tak ada.

Pastikan lepas mandi kan kucing korang bersihkan sangkar atau tempat tidur dia.Sebab kutu kucing ada yang jatuh dalam sangkar tu. Nanti kalau tak bersihkan kutu tu membiak semula.

jangan la guna sabun basuh baju la, sabun cuci pinggan la untuk hilangkan kutu kucing ni.tangan kita ni pun kalau kena serbuk dan cecair pencuci macam tu boleh mengelupas dan rasa kulit panas..kan??Kesian la kat kucing..

Jangan kedekut sangat nak keluar duit.Ubat kutu kucing bukan mahal pun.Harga ubat kutu kucing Petpal  -  Clear & Control  ni cuma rm30 je..sekali pakai je tau..lepas tu boleh simpan..

Sekian..

Post a Comment

0 Comments