THE WITCH'S DINER - KDRAMA 2021

THE WITCH'S DINER - KDRAMA 2021 | Baru bersiaran dengan 2 episod. Tapi bagi aku drama ni agak best juga. Apa-apa drama pun awal-awal memang slow sikit. Tapi bila masuk episod 2 dan seterusnya kita dah syok layan.



Kalau korang peminat Song Ji Hyo mesti tak mau terlepas drama ni. Paling aku suka baju2 dia dalam drama ni cantik².
Selain Ji Hyo ada Nam Ji Hyun dan Chae Jong Hyeop. Pelakon ensem kegemaran adik². 🤣
Bab lakonan Ji Hyo tak payah cerita la. Kalau korang tengok running man episod 563 yang dia jadi anjing tu , tengok la dia in character walaupun jadi anjing je. 🤣

Sinopsis

Drama The Witch's Diner ini tentang seorang ahli sihir yang akan memenuhi segala permintaan orang dengan memasak dan menyediakan makanan untuk orang yang nak kan bantuan dia.
Tapi bantuan dia bukan percuma. Ada sesuatu dalam hidup yang perlu orang korbankan untuk impian mereka dipenuhi.



Jung Jin seorang wanita biasa yang menghadapi masalah kewangan, masalah dalam pekerjaan dan hubungan cinta. Segalanya tak lancar bagi Jung Jin.disaat semuanya berantakan dia didatangi Zo Hee Ra, seorang ahli sihir yang menawarkan bantuan pada Jung Jin.
Awalnya dia tidak mempercayai Hee Ra. Tapi satu pengalaman aneh dan menakutkan membuatkan Jung Jin menyesal mendapatkan bantuan dari Hee Ra.




Dalam masa yang masa Jung Jin mengenali Lee Gil Young, seorang pelajar sekolah yang juga berimpian mendapat tempat sebagai atlet di universiti demi memenuhi impian ibu dan ayahnya.


Lee Gil Young juga berdepan masalah dengan rakan baiknya yang sering menjadi mangsa buli di sekolah. Hampir putus asa untuk hidup Lee Gil Young akhirnya menuju ke restoran yang dikendalikan oleh Hee Ra dan Jung Jin.




Selepas menikmati makanan di restoran tersebut , keesokan harinya Gil Young muncul semula di restoran dan bekerja sebagai pekerja separuh masa disitu.

Pelakon

Song Ji-Hyo - Zo Hee-Ra Nam Ji-Hyun - Jung Jin Chae Jong-Hyeop - Lee Gil-Yong Yoon Da-Young - Lee Yoon-Mi Ahn Eun-Jin - (cameo)


Catat Ulasan

0 Ulasan