RECALLED - KOREA (2021)

RECALLED - KOREA (2021) - Filem lakonan Seo Ye Ji di tahun 2021. Dia memang sesuai sangat berlakon dalam cerita thriller dan misteri. Banyak juga cerita misteri yang dia belakon.kan? 



Jalan cerita filem ni memang best. Masa mula² tu ingatkan cerita tentang dia boleh lihat masa depan. Jalan cerita memang tak disangka².

Ada satu masa ni aku macam lost dengan jalan cerita filem ni. Tapi tak lama ,lepas dia ingat² sikit baru la dapat tangkap apa sebenarnya yang jadi pada Soo Jin.

Walaupun filem misteri korang akan faham dengan mudah cerita ni.

Sinopsis

Kim Soo Jin mengalami kemalangan. Menurut polis dia terjatuh dari gunung. Lepas dia tersedar dia hilang ingatan. Dia langsung tak kenal siapa2 termasuk suami dia sendiri, Ji Hoon. Tentang diri sendiri pun Soo Jin tak ingat.



Satu hari dia keluar berjalan, ada sorang perempuan tegur dia. Rupanya perempuan tu kawan dia. Kawan dia bawa Soo Jin ke pusat seni tempat SooJin kerja.

Apa yang kawan dia cerita tentang suami dia, dia dapat agak suami dia bukan orang yang baik. Suka pukul dia dan cemburu buta.  Berbeza sangat dengan cara ji Hoon layan dia sekarang. 

Jadi dia mula syak wasangka kat Ji Hoon. 

Satu malam dia nampak Ji Hoon bunuh sorang lelaki. Dia buat laporan polis. Bila polis siasat tak de apa2 bukti pun yang Ji hoon bunuh orang. Tapi kejadian tu memang jelas kat mata dia. 

Jahat ke baik Ji Hoon ni sebenarmya?? Korang kena tengoK.



Pelakon 

Seo Ye Jin

Kim Kang Woo

Kim Wook

Sung Hyuk

Yeom Hye Ran

Bae Yoo Ram

Director: You-min Seo

Language: Korean

Music composed by: Jun-seong Kim

Distributor: CJ CGV

Post a Comment

0 Comments