CARA MUDAH TONTON FILEM DAN VIDEO DARI SMARTPHONE DI TV


CARA MUDAH TONTON FILEM DAN VIDEO DARI SMARTPHONE DI TV
 Baru-baru ni saya ada beli Anycast M4 Plus  untuk mudah kan anak-anak tonton filem atau video di phone terus ke tv. Mula-mula tak terfikir pun nak dapatkan Anycast ni sebab rasa macam ok je tonton filem dan kdrama kat phone pun.


Tapi dah lama2 rasa lebih baik ada Anycast sebab boleh juga bagi anak-anak tengok video kat youtube tu. Kalau tengok kat phone ni cuma sorang je la yang boleh tengok.Tapi bila tengok terus kat tv boleh tengok ramai-ramai.

Itu lah salah satu kelebihan guna wireless display dongle. Saya beli ni kat Lazada je. Banyak juga seller yang jual benda ni tapi ada yang jual barang fake,.Bila baca review ada yang kata  cuma boleh tengok gambar saja.tak boleh tengok video.rupa-rupanya dia beli barang fake. Padahal harga lebih kurang sama je. Kalau beza pun setakat 5-10 ringgit je.




Anycast ni kecil je..Saya beli kat seller  ni sebab baca review dia ramai sangat puas hati dengan barang yang diaorang dapat.Lepas tu setiap soalan customer diaorang jawab .Tak de la buat  bodoh je lepas customer dapat barang. Lepas tu siap ada panduan cara nak sambungkan Anycast ni kat tv kita.







Dalam kotak ni ada cabel usb dan juga Anycast M4 Plus.Sampai kat saya pun dalam keadaan baik tak de pecah2 ke apa..

Memang mudah sangat gunakan Anycast ni,. . Bila tiap kali ada video yang kita nak tengok cuma buka applikasi Miracast dan connect je..terus keluar paparan phone kita dan boleh la kita tonton video.





Anycast ni korang kena gunakan bersama aplikasi Miracast dan dah tentu la kena ada internet. Macam saya kat rumah guna wifi streamyx je..Korang boleh download miracast di play store.Tak de aplikasi ni mungkin tak boleh la nak connect wifi ke anycast tu.

CARA MUDAH TONTON FILEM DAN VIDEO DARI SMARTPHONE DI TV


Saya kongsikan secara ringkas cara sambungkan Anycast ke  mudah saja..

Keluar kan Anycast dari kotak dia dan sambungkan kabel yang dia bagi ni. yang kepala kecil tu sambung dekat Anycast dan yang kepala usb tu sambung kat usb tv kita..(tengok gambar )




Kemudian cucuk Anycast pada port HDMI kat belakang tv korang.. 




Lepas tu yang kepala USB cucuk kat USB la..macam gambar bawah ni..




Kat tv korang tu , ambik remote dan pilih HDMI tau..



Lepas tu tunggu kejap dan akan keluar gambar macam ni..ada tanda pangkah2 merah tu maknanya belum connect ke wifi lagi.




Kemudian buka la applikasi Miracast kat phone korang tu.dan akan keluar macam gambar bawah ni..tunggu kejap.Bila dia dah keluar  " available " korang connect terus. dan paparan ni akan muncul kat tv korang.




Selagi tak muncul , tunggu je..tak muncul juga check wifi korang ON ke tak ON..

Bila paparan phone korang muncul kat tv boleh dah tengok video2 online kat tv.  Dah habis tengok tak payah cabut Anycast tu..Biarkan je pun tak pe kot..Cuma kena buka applikasi miracast tu untuk off connection dari phone ke anycast.

Saya ni tak suka anak pegang phone. Youtube tu kan ada banyak kartun dan video2 belajar yang bagus-bagus untuk anak-anak tapi nak bagi phone tu macam risau je takut anak-anak ketagih pegang phone. Jadi ni salah satu cara untuk elak kan diaorang pegang phone.

Apa saja yang diaorang nak tengok semuanya dalam kawalan saya.Kalau diaorang tengok melalui phone , pandai2 diaorang je nak klik video apa ..kan??kali ni kita sendiri yang kawal.lebih mudah nak pantau.

So kalau korang rasa benda ni penting, boleh la dapatkan





Catat Ulasan

0 Ulasan