THE CON-HEARTIST - THAI (2020) NETFLIX

THE CON-HEARTIST - THAI (2020) NETFLIX | Aku tengok kat twitter ada yang review filem ni kelakar. Bila tonton sumpah kelakar sangat. Aku tengok filem ni berdua je dengan Maisara. Memang rumah bergegar dengan gelak kami berdua je. 




Sambil aku tulis ni pun aku boleh gelak lagi.Padahal awal bulan 6 hari tu aku tengok. Ni teringat lagi boleh gelak lagi.   Bagi aku ni filem komedi Thai terbaik la yang aku pernah tonton

Paling kelakar part pengurus hotel tu bercakap. Perkataan yang ada 'S' mesti menyembur macam hujan dah.  Dah la rupa dia macam tu. 

Kalau korang dah lama kehausan filem komedi jemput la tonton. Filem thai kalau kelakar memang kelakar la.

 

Sinopsis

Ina seorang  yang sangat berjimat cermat sebab nak menyelesaikan hutang. 

Hutang tu sebenarnya dibuat oleh bekas kekasih dia. Tapi belas kekasih dia dah tipu dia dan terpaksa la dia menanggung hutang tu sendiri.

Satu hari dia dapat panggilan telefon dari scammer. Dia hampir² je nak kena tipu tapi akhirnya  dia dapat detect identiti scammer tu. Dia ugut nak sebarkan pasal scammer ni. Scammer rasa takut dan dia janji akan bayar sebulan bayaran hutang bank Ina.

Ina dan scammer tu pun janji nak jumpa sebab scammer nak pastikan Ina dah padam perbualan telefon yang scammer tu buat. Masa diaorang  jumpa tu Ina buat perjanjian dengan sammer tu untuk tipu bekas kekasih dia yang bawak lari duit dia.

Maka bermula la rancangan mereka nak menipu si penipu. Nak tahu apa yang jadi kena la tonton.

Pelakon

Nadech Kugimiya

Pimchanok Luevisadpaibul

Thiti Mahayotaruk

Kathaleeya McIntosh

Pongsatorn Jongwilas

Chantavit Dhanasevi

Genre : Thai, Romantic Comedies, Comedies, Romantic Movies

Post a Comment

0 Comments