RESEPI KUIH CARA BERINTI GULA PALING SENANG DAN TAK MELEKAT

 RESEPI KUIH CARA BERINTI GULA PALING SENANG DAN TAK MELEKATAssalamualaikum...


hias kuih pun macam budak sekolah..hehehe..tak berapa cantik kejadian nya..

Kuih Cara ni antara kuih kegemaran suami saya...kalau buat kuih cara ni memang dia sorang je yang makan.Saya ni takat sebiji dua boleh la..Banyak2 memang  tak lalu. Anak-anak lagi la tak suka..Tambah si kakak tu, memilih benda makan.adik pulak kalau kakak tak suka dia pun tiba2 je tak suka..hehehhe..



Kuih Cara berinti gula ni memang leceh sikit nak buat.nampak je macam senang.kalau time dia melekat kat loyang tu memang menguji kesabaran betul. Basuh tangan duduk la kejap tengok tv.rehatkan fikiran.lepas tu hati dah tenang dah tak sakit sambung la buat balik..

Kuih Cara Tak melekat


Saya tak tahu petua nak elak kan supaya kuih ni tak melekat .Saya pun bakar kuih ni guna oven..sebelum bakar sapu acuan dengan majerin.lepas keluarkan kuih yang dimasak , lap acuan sampai bersih.jangan ada sisa adunan di acuan kuih.Meh saya kongsikan resepi kuih Cara berinti gula yang mudah dan tak melekat.

Bahan-bahan

3 sudu besar tepug  gandum
1 cawan santan
1 biji telur
1/2 sudu esen pandan
garam (letak hujung2 sudu je)
setitik pewarna hijau...kalau nak terang lagi letak la 2 titik.
Majerin untuk di sapu pada loyang..
boleh juga gunakan minyak masak saja.
gula pasir



cara-caranya

1)Campurkan tepung gandum , garam , santan , esen pandan dan pewarna hijau.
nak senang guna je pengisar..
adun sampai sebati.kemudian tapis supaya tak de
tepung yang berketul.masuk kan dalam bekas macam jug air sebab nanti senang nak tuang
dalam acuan dia.

2)panas kan acuan .tak kisah la awak guna oven atau dapur gas ke..
acuan kena di panaskan dulu.jangan lupa sapu minyak atau majerin pada loyang.
bila dah panas sapu sikit lagi mejerin atau minyak..
kemudian tuang aduan ke dalam loyang.

3)jangan tuang sampai penuh.tuang separuh saja..
lepas tu ambil gula..hujung2 sudu je...
letak kat atas adunan yang dalam acuan tadi.
kemudian tuang baki adunan sampai penuh loyang.
jangan bagi melimpah.Cukup sekadar menutup gula je.

4)kalau guna dapur gas , tutup acuan guna tudung periuk.
api jangan kuat..guna api perlahan je.sebab bila hangus rasa dah tak sedap.rasa pahit.

5)nak check dah masak ke belum guna lidi satey je..
cungkil2 sikit tepi2 dia..kalau dah bergerak tu boleh angkat dah.

saya pernah tengok sorang makcik ni angkat kuih Cara dia
dengan cara terbalik kan saja acuan tu..
hebat..mesti dia dah pro..heheh..
tapi yang baru2 macam kita ni takut la nak buat gitu..
tak yakin..hehe..kang berderai air gula keluar..hehe..

ok la..selamat mencuba...

/>

Catat Ulasan

0 Ulasan