NEVERTHELESS 2021

Nevertheless 2021 |  Jangan tonton drama ni dengan budak bawah umur.

Tak banyak yang aku boleh tulis pasal drama ni sebab drama ni mendatar je.. Tapi tak la bosan. Drama cinta romantis memang macam tu la.



Peminat2 Song Kang akan suka la drama ni sebab menonjolkan sisi hensem dia.  . Pelakon perempuan pulak cantik, lembut, macam sopan2 sikit..  sedap la mata memandang. 

Aku rasa watak hero tu macam kotor sikit sebab dengan semua perempuan dia nak pegang2 nak comolot . Yang si perempuan pulak dah tahu lelaki tu dengan semua perempuan layan gitu, apasal la kau tunggu jugak.

Geram je rasa..  

Tapi memang gitu la kenyataan nya. Kalau lelaki hensem je, buaya darat cemana sekali pun tetap perempuan terkejar2. Macam tak de akal.Lelaki macam gini patutnya dipertemukan dengam pontianak baru insaf kot

Marah ni marah!!!!  

Aku tengok sampai episod 2 ni je la kot. Malas nak tengok cerita perempuan ngok macam ni. 



Sinopsis 

Park Jae Eon seorang mahasiswa. Dia baik dengan semua orang dan kacak. Tapi dengan perempuan dia terlampau baik. Layanan nya pada perempuan macam layan kekasih. 

Walaupun macam tu dia tak pernah anggap perempuan2 tu sebagai kekasih dia. Kiranya macam teman tapi mesra je.

Satu hari dia kenal dengan Yoo Na Bi. Gadis yang cantik,pemalu dan tak sama macam siswa lain kat U tu. Macam biasa ,Park Jae Eon mula mendekati Yoo Na Bi. Melayan Yoo Na Bi dengan mesra.

Yoo Na Bi mula suka kan Park Jae Eon. Tapi dia sedar yang park Jae Eon tu ramai perempuan disekeliling nya. Yoo Na Bi keliru dengan perasaan Park Jae Eon sama ada lelaki tu betul2 suka dia atau saja nak main² kam dia.

So kalau nak tau sebenarnya apa perasaan sebenar Park Jae Eon pada Yoo Na Bi korang tonton la nanti. 

Facebook: https://www.facebook.com/diana.rashid.16/

Instagram: https://www.instagram.com/dianarashidofficial

Pelakon:

Song Kang - Park Jae-Eon

Han So-Hee - Yoo Na-Bi

Chae Jong-Hyeop - Yang Do-Hyeok

Han Eu-Ddeum - Min-Young

Kim Min-Gwi - Nam Kyu-Hyun

Lee Yeol-Eum - Yoon Seol-A

Post a Comment

0 Comments