BUBUR KACANG DAN PULUT

BUBUR KACANG DAN PULUT | Awalnya macam takut-takut nak masak bubur kacang ni. Tapi disebabkan rasa teringin sangat , buat jugak la. Cuma saya kurangkan gula je. Jadi la..Setakat nak melepaskan rasa teringin tu.


Kacang hijau ni dah setahun ada di dapur. Risau juga ingatkan dah rosak. Tapi bila buka je bekas kacang ni elok lagi rupanya. Tak payah beli dah la. Cuma saya beli pulut. Brand Floral. Cantik beras pulut ni walau masak guna rice cooker je.

Cara Masak Bubur Kacang Hijau


Basuh 1 cawan kacang hijau di basuh sampai bersih.
2 sudu besar biji sagu di basuh dan di tos

Rebus kacang hijau dan biji sagu bersama-sama dengan 3 cawan air  (api sederhana).

Bila kacang dan sedikit empuk dan biji sagu dan kembang masuk kan 2 cawan gula merah, daun pandan 1 helai dan sedikit garam untuk bagi rasa lemak.

Masuk kan 2 cawan santan cair dan 1/2 cawan santan pekat.

Masak hingga menddih (Api sederhana.) lepas tu angkat.

Lepas tu tanak pulut pulak.

Cara dan Tips Tanak Pulut 


Tanak pulut tak sama macam sukatan masak nasi. Untuk pulut airnya sedikit saja.

Saya guna 2 cawan beras pulut dan sukatan airnya ialah 1 cawan sahaja.

Baru lah beras pulut cantik berkilat dan tak hancur bila dimasak.

Waktu membasuh beras juga tak boleh terlalu lama dan terlalu kuat ramas beras pulut tu takut nanti beras pecah.

Itu sahaja lah cara untuk tanak pulut supaya pulut cantik sempurna.

Selamat mencuba.


Post a Comment

0 Comments