APA PERLU BUAT BILA PINDAH MASUK KE RUMAH BARU - DOA DAN BACAAN MUDAH MASUK RUMAH BARU

APA PERLU BUAT BILA PINDAH MASUK KE RUMAH BARU | Bila pindah masuk kerumah baru memang banyak perkara yang perlu kita lakukan. Bukan setakat fikir nak hias rumah macam mana, nak langsir kaler apa, cat dinding warna apa , tapi ada beberapa perkara yang lebih penting dari tu yang patut kita lakukan.



Perkara pertama yang perlu kita buat ialah "membersihkan" rumah tersebut. Membersihkan yang saya maksud kan disini ialah menghalau makhluk-makhluk halus yang mungkin berada di dalam rumah baru kita tu.

Biasalah rumah yang dah lama dibiarkan kosong ni , macam-macam benda yang menghuninya. Makhluk-makhluk halus ni bukan nya kena bayar sewa pun jadi keberadaan mereka di dalam rumah tersebut tak boleh di nafikan.

Begitu juga kalau rumah tu pernah diduduki oleh penghuni lama. Kita tak tahu gaya hidup penghuni lama tu macam mana,.Islam kah mereka, solat kah mereka, betul tak?Entah-entah ajaran sesat ke...

Betul tak??

Jadi saya nak kongsikan apa perkara pernting perlu buat bila pindah masuk ke rumah baru  .

1- Azan -  Laungkan azan apabila masuk menghuni kerumah atau bangunan baru atau yang sudah lama di tinggalkan.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ia akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sebagai Al‐‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2- Membaca surah al-baqarah - Ini perkara yang selalu diabaikan sebab biasanya kita hanya akan baca yassin saja. Sedangkan surah Al-baqarah ada banyak kelebihan nya..

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al‐Baqarah.”

3- Banyak kan solat dan membaca al-quran - Ini pun perkara yang kerap kita abaikan.Bila dah habis buat majlis bacaan yassin dan doa selamat , terus kita fikir rumah kita dah ok.. Alquran pun jadi perhiasan je .

Rasullullah menggalak kan kita membaca al-quran dan mendirikan solat sunat di dalam rumah atau bangunan  yang baru diduduki . Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al‐Quran.” (hadis riwayat Al‐Baihaqi)

4- Bacaan surah Yassin, alfatihah dan al-ikhlas. - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama kita  mendiami  rumah atau bangunan. Yang ni elok la dilakukan oleh semua ahli keluarga. paling bagus dilakukan dalam setiap bilik yang kita dan ahli keluarga diami.

Baca juga surah Al‐Fatihah sebanyak satu kali, surah Al‐Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5- Pagar  rumah atau bangunan - Pagar yang dimaksudkan ialah bukan buat pagar konkrit atau pagar besi tapi memagar rumah kita dengan bacan surah tertentu dari dimasuki oleh makhluk halus .

Jangan sesekali memagari rumah kita dengan meletak kan atau menanam sesuatu di penjuru rumah atau kawasan tertentu dengan mempercayai benda tersebut akan mengawasi rumah kita.Itu adalah perbuatan syirik dan berdosa besar.

Ada cara yang betul untuk memagar rumah kita. Cara untuk pagar rumah ialah dengan merenjis air yassin di sekeliling rumah . (Boleh dilakukan di dalam rumah.) .

Kemudian bacakan surah Al‐Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al‐Ikhlas, Al‐Falaq dan Al‐Nas) ke dalam sebejkas air. . Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan‐lahan hingga habis nafas.

Kemudian jirus dan  renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dari  penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan  jam.


Doa masuk rumah baru

Apabila seorang lelaki hendak masuk ke rumahnya maka hendaklah dia Berkata: “Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik Tempat keluar. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah Tuhan kami, kami berserah.” Kemudian hendaklah seseorang itu memberi salam ke atas keluarganya.” (HR Abu Daud)

Lafaz doanya seperti berikut :



Bismillahi walajna wa bismillahi khorajna wa 'alallahi rabbana tawakkalna


Jika rumah yang hendak dimasuki itu tidak ada orang yang berada di dalamnya, maka berilah salam ke atas diri sendiri dengan mengucapkan :


“Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang solih.”

Antara hikmah membaca atau menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumah, adalah supaya menghindarkan syaitan turut masuk dan bermalam di dalam rumah.

begitulah beberapa perkara yang sepatutnya diamalkan menurut ajaran Islam serta sunnah Rasulullah s.a.w ketika melangkah memasuki rumah baru.

Semoga bermanfaat untuk semua..

Catat Ulasan

0 Ulasan