REVIEW FILEM HINDI THE GIRL ON THE TRAIN

REVIEW FILEM HINDI THE GIRL ON THE TRAIN| Filem ni baru tonton semalam. Siapa ada Netflix boleh tonton di Netflix je.  Filem genre thriller dan cinta. Remake dari buku dan filem hollywood dengan tajuk  yang sama. Filem ni best dan menarik sangat walaupun awal2 tu korang akan rasa filem ni slow sebab dia banyak bermonolog sendiri.



Tapi babak dia monolog tu bukan kosong2 je. Korang kena tengok sebab bila hujung nanti semua tu berkait dan korang akan dapat jawapan nya. Dia punya plot twist memang tak disangka-sangka.

Pengajaran dari filem ni, kita orang perempuan bila sedih , kecewa, putus harapan jangan teruk sangat tunjuk kelemahan dan kesakitan kita tu pada orang lelaki. Naib tak baik, lelaki yang tak guna akan gunakan kelemahan kita tu untuk kepentingan dia sendiri. Kau akan berada dalam masalah besar 

Satu lagi bila dah putus/bercerai jangan tunjuk kau terluka teruk sangat. Jangan tunjuk ku benci sangat kat dia. Memang la geram tapi bertenang je dan jangan terlalu mengikut perasaan.

Orang perempuan wajib tonton filem ni.



SINOPSIS THE GIRL ON THE TRAIN

Mira seorang peguam berkahwin dengan Shekar.Ketika sarat hamil dia kemalangan dan bayi dalam kandungan mati. Sejak kejadian tu dia rasa kecewa dan kemurungan. Mira mula bertindak ganas tapi MIra tak sedar dan tak ingat apa keganasan yang dia buat.

Suami dia mula bosan dengan perangai dia yang dah mula mabuk. Mereka bercerai dan benda tu buat Mira lebih tertekan lagi2 bila Shekar dan ada pengganti Mira.

Melalui train yang dia selalu naik dia selalu tengok satu rumah ni ada sepasang suami isteri yang nampak bahagia. Mira rasa seronok tengok pasangan tu. Dia rasa bahagia tengok pasangan tu.



Satu hari dia naik train dan lalu depan rumah pasangan tu. Dia nampak si isteri kat rumah tu dipeluk seorang lelaki lain. Mira mula resah dan macam marah sebab perempuan tu peluk lelaki lain.

Dia marah sangat dan mula bercakap sorang2 yang dia akan pukul perempuan tu sebab curang.

Dia tak dapat kawal perasaan dan pergi kerumah perempuan tu. Dia nampak perempuan tu masuk ke dalam hutan dan Mira ikut. Tetiba Mira tak sedar apa dah. Sedar2 dia  balik rumah dan dapat berita perempuan tu mati dibunuh dalam hutan.



Suspek pembunuhan ialah Mira. Tapi Mira tak ingat sama ada dia bunuh atau tak. tapi dia memang ingat yang dia masuk hutan kejar perempuan tu. 

Betul ke Mira yang bunuh? Macam mana perempuan tu mati? jom tonton sekarang.

Post a Comment

0 Comments