REVIEW DAN SINOPSIS FILEM TAMIL TEDDY 2021

 REVIEW DAN SINOPSIS FILEM TAMIL TEDDY 2021 Ramai yang kata best tapi bagi aku filem ni biasa-biasa je la. Tak de la best sangat pun. Tapi jalan cerita dia memang menarik la.Ada babak2 yang kelakar dan teddy ni comel..sesuai kalau nak tonton dengan anak2.

Mungkin sebab aku tengok sorang2 jadi rasa tak syok la. Kalau tengok dengan budak2 ni mesti lain perasaan nya tu.
Aku ingatkan filem aksi lawan2 ada samseng kampung dengan parang. Tapi rupanya ni jenayah antarabangsa. Jenayah zaman moden. Ada je babak lawan2 tapi macam kurang "aksi" nya tu.
Aku rasa sasaran penonton filem ni memang untuk seisi keluarga la.


SINOPSIS TEDDY 2021

Teddy mengisahkan seorang gadis cantik bernama Sri yang terlibat dalam satu kemalangan kecil sewaktu dia nak membantu seorang lelaki yang mengalami kemalangan motorsikal.

Dia di bawa ke sebuah hospital dan bila dia sedar dia dalam bilik pembedahan. Dia tau ada sesuatu yang tak kena dan cuba larikan diri. Tapi masa bergelut dengan doktor dan jururawat jahat kat hospital tu dia pengsan
Masa doktor cuba selamat kan dia , dia koma. Tapi roh dia masuk ke dalam sebuah patung beruang, Teddy.
Roh Sri yang ada dalam Teddy cuba ikut ambulans yang bawak badan Sri. Tapi hilang arah dan Sri nampak Shiva yang berani lawan dengan penjahat. Dia rasa Shiva boleh tolong dia.
Shiva seorang lelaki yang genius dan kemampuan otak dia luar biasa. Satu hari Shiva dapati ada teddy bear dalam bilik dia. Dia ingat dia dah gila bila dengar teddy bear tu bercakap.
Teddy cuba minta pertolongan Shiva dan bermula lah pencarian Shiva dan Teddy tentang apa sebenarnya yang berlaku pada Sri dan macam mana nak selamatkan Sri

Post a Comment

0 Comments