RESEPI NASI LEMAK RINGKAS , MUDAH DAN SEDAP

RESEPI NASI LEMAK RINGKAS , MUDAH DAN SEDAP Assalamualaikum.....Nampak sedap kan????



kena  la puji masakan sendiri...
boleh bangga2 dan meriak..hahahhah..

Resepi Nasi Lemak ringkas tapi sedap


Bukan semua orang suka Nasi Lemak..
saya la tu...sebab tu saya jarang masak Nasi lemak walaupun ini antara 
hidangan yang paling mudah nak di sedia kan..
tapi atas permintaan anak tersayang maka semalam saya pun masak la nasi lemak..

Lauk nya cuma  ikan bilis, telur goreng dan ayam goreng untuk anak2 
sebab Maisara dan Mikhail bukan gemar sangat telur goreng dan ikan bilis..

Nak belajar buat Nasi lemak yang mudah dan sedap ni??
meh kita tengok bahan2 dan cara membuat nasi lemak ringkas dan sedap .

bahan-bahan cara masak Nasi.

2 cawan beras(bersihkan dan tos)
1 cawan santan pekat di campur dengan 1 setengah cawan air
sebab saya pakai santan kotak je.. :p
1 sudu kecil garam 
serai di titik
2 biji bawang merah yang dah di goreng
2 ulas bawang putih 
1 inci halia
1 sudu marjerin
Kalau suka boleh bubuh daun pandan(saya tak bubuh sebab tak suka baunya..)

Masuk kan kesemua bahan2 diatas kat dalam periuk dan masak la macam masak nasik tu ye..
paling senang masuk kan je dalam periuk elektrik.
Bila nasik dah masak jangan lupa kacau2 sikit ye...

bahan dan cara buat sambal

5 ulas bawang merah*
5 ulang bawang putih*
10 tangkai cili kering,*
1 biji bawang besar*
belacan 1 inci *
2 sudu gula 
2 sudu sos cili
1sudu kecil garam
5 sudu besar minyak masak

Kisar semua bahan2 yang bertanda *
panas kan  5 sudu besar minyak masak dan tumis bahan2 yang dah di kisar.
masuk kan gula 2 sudu besar dan 1 sudu garam.
bubuh air sikit supaya tak hangus sambal tu..
masak sampai la sambal tu berubah warna dan naik minyak nya..
dah siap..

lepas tu boleh la goreng ikan bilis ke,ayam goreng ke, 
udang ke...
jangan lupa timun dan kacang goreng ye..
tapi saya tak sediakan pun kacang dan timun tu..
tak de siapa nak makan..
saya tak suka makan kacang dengan nasi..hehhhe...


/>

Post a Comment

0 Comments