PENYAPU ATAU VACUUM

PENYAPU ATAU VACUUM | Dulu masa kecil-kecil rumah kat kampung rumah tinggi  ada tiang. Waktu tu seingat saya kakak saya sapu lantai rumah sekali sehari je. Rasanya mungkin sebab rumah tinggi jadi kurang habuk atau pasir yang masuk kerumah.

Jadi penggunaan penyapu tu sangat sesuai untuk rumah yang tinggi.


vacuum murah je tapi banyak jasanya nih..


Tapi untuk rumah teres atau rumah yang bawah-bawah ni rasanya tak sesuai untuk gunakan penyapu. Sejam sekali menyapu lantai pun masih berhabuk dan berpasir lantainya.

Sebab tu saya lebih suka guna vacuum bila rumah bawah ni. Bila vacuum habuk dan pasir  tak berterbangan dan menempel di tempat lain. Semua nya disedut. habis vacuum satu rumah terus buang habuk2 tu dalam plastik sampah. Ikat ketat2 dan buang. 

Kita pun lega sebab tak nampak dah habuknya.

keadaan telefon rumah selepas beberapa hari ditinggalkan. Ni pun saya vacuum. kalau lap saja tak kan hilang habuk2 tu..


Lagipun bila guna vacuum bukan setakat sedut habuk dilantai je. Kat atas2 tv, rak buku, sofa dan siling pun sekali sedut habuk guna vacuum. Kalau nak guna penyapu untuk tempat2 macam siling dan rak buku rasanya tak boleh hilangkan habuk pun.

Jadi bagi saya penyapu dah tak sesuai nak digunakan didalam rumah.Saya harap dengan fahaman yang saya sebarkan ni akan membuatkan harga penyapu jatuh.

Post a Comment

0 Comments