PANDANGAN ULAMAK MENGENAI APPS MENGGERAKKAN GAMBAR - MYHERITAGE

PANDANGAN ULAMAK MENGENAI APPS MENGGERAKKAN GAMBAR | kenangan akan terungkap apabila kita melihat gambar seseorang dimasa lalu. Apalagi kalau gambar tersebut boleh digerak kan seolah-olah ianya hidup.



 Bayangkan jika anda melihat gambar seseorang yang anda sayang yang sudah lama tidak bertemu , dan anda masih boleh melihat dia tersenyum, mengerdipkan mata, mendongak dan menggerak kan bibir. Sudah tentu segala kenangan akan terimbas dan mampu membuat anda sendiri tersenyum atau menangis.

Sejak akhir-akhir ni ramai yang berkongsi gambar yang boleh digerak kan. Aplikasi yang digunakan adalah MyHeritage yang membolehkan pengguna menggerak kan gambar pegun. 


Aplikasi ini menjadi Viral beberapa minggu ini sejak dilancarkan pada 25 februari lalu. Malah ada pengguna yang menangis teresak-esak apabila melihat gambar kedua ibu bapanya yang sudah meninggal dunia mampu tersenyum dan mengerdipkan mata.

Namun bagaimana dengan pandangan ulamak mengenai aplikasi ini.? Adakah ianya dibolehkan untuk pengguna islam menggunakan nya atau pun ada keburukan disebalik penggunaan aplikasi ini?



Menurut pandangan Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani penggunaan aplikasi ini patut dielak kan oleh umat islam. Ustaz Ahmad Dusuki menyatakan perkara ini didalam sebuah Video yang dimuat naik olehdilaman instagramnya

Dalam penyataan nya dia menjelaskan ,ada satu hadis Rasullullah s.a.w yang menyebut bahawa diakhirat nanti sesiapa yang membuat patung atau melukis gambar, Allah akan mengarahkan dia supaya meniup roh pada patung dan gambar tersebut.

Oleh sebab itu Ustaz Ahmad Dusuki menasihatkan orang ramai agar jangan kita terlibat dengan perkara seperti ini kerana dikuatiri diakhirat nanti sesiapa yang terlibat dengan perkara sebegini akan diarahkan oleh Nya untuk meniup roh pada patung atau gambar.

Ustaz juga menasihatkan agar kita memperbanyak kan doa bagi orang yang sudah meninggal dunia. Mudah-mudahan Allah rahmati mereka dan Allh jadikan kebaikan yang bertambah dalam hidup mereka..

Post a Comment

0 Comments