JANGAN MAKAN MAKANAN INI KETIKA BERBUKA PUASA DAN BERSAHUR

 JANGAN MAKAN MAKANAN INI KETIKA BERBUKA PUASA DAN BERSAHUR | Beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut bulan ramadan dimana semua umat islam akan berpuasa disiang hari. Tentu sudah ada yang merancang berbagai juadah untuk berbuka puasa dan bersahur.



Namun dalam masa yang sama kita perlu memastikan setiap makanan yang dihidangkan sesuai dan memenuhi keperluan kita dibulan puasa. Tidak semua makanan sesuai dihidang kan ketika bulan puasa. Memilih makanan yag sesuai sangat penting supaya dapat mengekalkan kecergasan sepanjang tempoh berpuasa.

Berikut adalah beberapa jenis makanan yang perlu dielak kan ketika berbuka puasa dan bersahur. 

Makanan Yang Perlu Dielak kan ketika Bersahur 

Amalam bersahur sangat penting untuk membantu tenaga dalam tempoh berpuasa. Sebaiknya bersahurlah 30 minit sebelum waktu imsak supaya makanan yang dimakan memberi tenaga untuk tempoh yang lebih lama.



Elak kan minuman berkafein  kerana ianya akan mengakibatkan air dalam badan hilang dengan cepat. Makanan masin dan masam juga perlu dielak kan seperti  kicap, telur masin, ikan masin, belacan , jeruk dan cuka kerana boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan. Kunyit juga boleh menyebabkan air dalam badan berkurangan. 

Selain itu makanan yang berempah juga perlu dielak kan kerana akan menyebabkan perut berasa tidak selesa disiang hari.



Makanan Yang Perlu Dielak kan Ketika Berbuka Puasa

Semasa berbuka puasa amalkan mengambil makanan yang ringkas terlebih dahulu. Ianya supaya perut dan sistem penghadaman kita tidak berasa " terkejut" atau pun tidak selesa.

Jangan terus mengambil makanan berat seperti nasi dan mee dengan kuantiti yang banyak. Makan  sedikit-sedikit. Islam menganjurkan agar memulakan berbuka puasa dengan mengambil buah kurma kerana ianya mengandungi fruktosa  dan kurma juga mengandungi enzim yang membantu proses penghadaman untuk makanan yang kita makan seterusnya.



Jangan minum minuman manis terlalu banyak seperti minuman kordial. Namun banyak kan pengambilan air putih. Elak kan makanan yang terlalu pedas dan berempah agar tidak mengganggu kita ketika menunaikan solat terawih.

Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak tepu seperti minyak sapi dan keju. Belimbing besi , betik ciku dan pisang lebih baik daripada Epal, limau mandarin ,Pir dan lai.

Semoga amalan kita dibulan ramadan diterima dan ibadah puasa kita dipermudahkan. 

Tips Berpuasa

Post a Comment

0 Comments